Rabu, 11 November 2009

BAI'AH


Oleh Pensilajaib
DPPKSG 11 November 2009 - Mari kita renung sedutan tulisan Mohd Sayuti Omar dalam blognya (msomelayu.blogspot.com).
"Ahli Parlimen, Shah Alam, Khalid Samad mengakui akan kewujudan bai'ah berkenaan. Mungkin beliau sendiri turut melafazkannya sewaktu mengambil tauliah sebagai calon Pas.

Kalau beliau tidak lafaz tidak wajar untuk beliau dedah perkara itu. Mustahil beliau sanggup mendedahkan sesuatu yang tidak betul. Pembohongan dan penipuan tidak pantas berlaku dalam Pas.

Agaknya memang benar dikatakan Khalid itu. Dan kalau benar kenapa beliau mendedahkan kerana perkara itu bersifat rahsia atau sir dalam parti berkenaan.
Bukahkan perbuatan Khalid itu (meskipun benar) ia telah memecah rahsia parti? Apakah hukumnya orang yang pecah rahsia atau pecah amanah? Bolehkah menujukkan kemaluan kepada umum walaupun ia hak mutlak kita?" Kata budak-budak sekarang: "lu pikir... lah sendiri..."

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah hukumnya orang yang pecah rahsia atau pecah amanah? Bolehkah menujukkan kemaluan kepada umum walaupun ia hak mutlak kita?" Kata budak-budak sekarang: "lu pikir... lah sendiri...

salam bro, pecah amanah, rahsia jamaah dengan tunjuk kemaluan perkara berbeza. jangan sdr kiaskan begitu..sikap terbuka dan telus ini memang diperlukan bagi jamaah yang nak memerintah dan bukan masanya untuk sembunyi sesuatu di bawah karpet.

Catat Ulasan