Selasa, 24 November 2009

MANUSIA PRIMITIF ABAD KE 17

Primitif..


Oleh Pensilajaib
Terkadang hairan melihat 'peel' atau kelakuan segelintir manusia zaman siber, zaman dunia di hujung jari, "zaman Face Book", rupanya ada lagi yang berfikiran kolot, zaman batu, zaman purba, atau apa-apa sajalah kita nak bagi gelaran atau anugerah yang sesuai untuk manusia seperti ini..

Zaman ini bukan zaman Hang tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, siapa yang kuat dialah yang berkuasa. Tapi ini zaman Dato' Najib, zaman "One Malaysia" zaman manusia hidup dengan hujah, hidup dengan fakta, hidup dengan segala macam maklumat dan informasi..

Kalau zaman "Islam Hadhari" (yang dah bangkrap) ada pemimpin muda mereka kata kepada orang atau kumpulan yang suka berdemontrasi sebagai : "Beruk-beruk jalanan" apa agaknya yang patut kita kata kepada manusia yang berpolitik cara gangster, cara samseng, kongsi gelap, tak bertamadun. Haprak....

Kita semacam tak percaya.., ada lagi manusia di Parlimen Sri Gading ini yang berperangai macam ini. Ingat.... di Sri Gading inilah pusat berkembangannya ilmu... Di sinilah terdapat berpuluh Sekolah rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Agama Johor.

Di sinilah juga terletaknya sekolah Rendah Satu Sessi Parit Raja (cadangan), Sekolah Menengah Agama Arab Parit Raja, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Maktab Perguruan Batu Pahat, Institiut Kemahiran Tinggi Mara Parit Raja dan lebih hebat lagi di pekan Parit Raja inilah terletaknya Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). "Jangan bikin malu dengan budak-budak sekolahlah..."

Kita bangga kerana dapat hantar seorang wakil ke Parlimen yang sangat lantang bersuara.., hatta Dato' Najib pun kalau boleh nak disanggah.. Kalau setakat Koh Tsu Kun, boleh jalan..lah..

Tapi malang, di sinilah orang politik masih takut dengan poster, masih takut dengan risalah, masih takut dengan kain rentang.. Takut... takut... takut... Lihatlah gambar di atas, saya ambil dari persimpangan 'trafic light' pekan Parit Raja. Terlalu kerap poster, kain rentang ditutup atau dibuang terus...,tapi kali ini nampaknya mereka tak 'cukup puas' dengan hanya membuang kain rentang. Mereka akan rasa"cukup puas" bila dapat pamerkan 'kebrutalan', kebiadapan dan dapat sakitkan hati pemimpin dan penyokong-penyokong PAS, PKR dan DAP.

Nampaknya nyatalah hari ini "beruk-beruk" lebih mulia dari mereka. Benarlah kata nabi : " Manusia itu mengikut agama (cara hidup) pemimpin mereka". Saya tak tuduh sesiapa..., tapi bak kata pepatah :"Siapa makan cili dia akan terasa pedas".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan