Isnin, 29 Jun 2009

Selamat Datang Kepada Mahasiswa/i Baru UTHM.

Sabtu, 13 Jun 2009

PERGINYA MUTIARA BERHARGA

DPPKSG, 20 Jamadil Akhir 1430 Hijriah, 14 Jun 2009 - Hari ini dunia gerakan Islam telah digemparkan dengan pemergian Ust. Fathi Yakan ke rahmatullah pada ketika usianya berumur 76 tahun. (Kematian Almarhum Ust. Fathi Yakan telah dilaporkan melalui http://www.ikhwan-jor.com)

Almarhum telah kembali ke rahmatullah ketika berumur 76 tahun. Ketika hidupnya, beliau banyak menghabiskan masa di jalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Beliau yang sinonim dengan kitab - Apa Ertinya Saya Menganut Islam - merupakan seorang pendakwah yang tidak asing lagi di dalam gerakan Islam dan merupakan seorang pendakwah yang terkemuka.

Sesungguhnya salah satu cara Allah S.W.T mengangkat ilmu-ilmu dari muka bumi ini adalah dengan mematikan para ulama'. Namun ini semua adalah perancangan Allah yang tiada makhluk pun dapat mengetahuinya.

Kami warga Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading mewakili semua ahli gerakan Islam mendoakan moga segala usaha dan kerja Islam yang telah almarhum lakukan diredhai dan dirahmati Allah. Moga ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang diredhai-Nya. Aminn...

Al-Fatihah...





Rabu, 10 Jun 2009

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH


DPPKSG, 17 Jamadil Akhir 1430 Hijriah, 11 Jun 2009 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dan Rahmat-Nya, Muktamar PAS kali yang ke-48 telah berjaya berlangsung dengan jayanya.

Beberapa pimpinan telah dilantik, orang lama ada yang kekal dan ada juga yang lama digantikan dengan muka yang baru. Itulah sunnah ketetapan Allah, tidak semua yang kekal di dunia ini.

Kami dari pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading mengucapkan tahniah kepada pimpinan yang telah dilantik kali ini. Semoga dapat terus menyumbang bakti dalam memastikan PAS terus utuh di dalam negara Malaysia.

SELAMAT MENJALANKAN AMANAH ALLAH DAN MENERUSKAN PERJUANGAN NABI.

Isnin, 1 Jun 2009

SUKAN BOWLING PIALA KETUA PEMUDA

DPPKSG, 05 Jamadil Akhir 1430 Hijrah, 30 Mei 2009 - Pada hari Sabtu jam 9.00 malam, satu Kejohanan Sukan Bowling Piala Ketua Pemuda telah berlangsung di sebuah pasaraya BP MALL, Batu Pahat. Beberapa pasukan telah menyertai sukan ini yang mana antaranya adalah, Dewan Pemuda Pas Negeri Johor, Dewan Ulama, Dewan Muslimat, NISA Johor dan Jabatan Amal. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading juga tidak melepaskan peluang menghantar wakil bagi pihak kawasan.

Kejohanan ini turut disertai oleh rakan dari Pakatan Rakyat yang mana rakan dari KEADILAN dan DAP Johor turut menghantar pasukan.

Kejohanan kali ini telah diungguli oleh pasukan dari DAP dengan memenangi tempat pertama, dan diikuti oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu Pahat. Pasukan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading juga tidak kurang hebatnya kerana berjaya memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang trofi kemenangan.

Tahniah diiucapkan kepada yang telah menang.
Bukan kemenangan dan hadiah yang diinginkan, tetapi yang lebih bernilai dan bermakna adalah jalinan silaturrahim yang terbina.

Sekian.