Ahad, 29 November 2009

Pisang... oh.. pisang...

Pokok pisang menjadi layu dengan serangan bakteria...

Setandan pisang "kepok"berpenyakit...

Harga kerepek sekarang melambung...

sedapnya..... apakandaya .., susah nak dapat sekarang...

Oleh Pensilajaib
BATU PAHAT: Kejadian ratusan hektar tanaman pisang di sekitar daerah ini diserang penyakit ganjil, memberi banyak kesan negatif terhadap bekalan buah itu di pasaran tempatan.Selain perusahaan makanan ringan, penyakit dikenali sebagai layu veskular mula dikesan menyerang tanaman terbabit sejak Oktober 2006 lalu itu, bakal menyebabkan ramai penggemar pisang goreng mengeluh panjang.

Ini berikutan penyakit berpunca daripada sejenis bakteria, ralstonia solana cearun, menyebabkan banyak pokok pisang matang dan sedang berbuah di kawasan terbabit mati. Serangan bakteria baru ditemui itu, menyebabkan pokok pisang menjadi layu sebelum mati. Malah, ia turut merosakkan buah matang yang sedia untuk dituai.
Setakat ini, dianggarkan 1,000 hektar kawasan tanaman pisang di sekitar daerah ini, terutama di Rengit menerima padah. Penyakit yang hingga kini belum ditemui penawarnya itu, menyebabkan petani di kawasan terbabit kerugian hampir RM2 juta, sekali gus hilang punca pendapatan.

Antara kawasan paling teruk mengalami masalah berkenaan ialah beberapa kampung di Mukim Sungai Punggor, Mukim Kampung Bahru, Mukim Sungai Kluang serta Mukim Minyak Beku dan beberapa kampung di sekitar Parit Yanni. Serangan penyakit itu, kini dikatakan menjadi punca utama berlaku kekurangan bekalan pisang di pasaran tempatan, sekali gus menjejaskan operasi pengusaha makanan ringan serta penjual pisang goreng.

Bagi penjual pisang goreng, kekurangan bekalan pisang nipah atau kepok yang menjadi bahan utama perniagaan mereka, menyebabkan harganya kini meningkat. Turut merasai kesan langsung dari permasaalahan ini pengusaha-pengusaha IKS di sekitar Parit Raja terutamanya di kampung Parit Tengah, Parit Daun, Seri Dalam dan beberapa buah kampung berdekatan yang menjadikan Industri makan ringan berasaskan pisang.

Jika kita meninjau gerai-gerai yang menjual pisang goreng di sekitar Parlimen Batu Pahat dan Sri Gading kita mendapati saat ini mereka terpaksa menukar menu jualan pisang goreng kepada keledek goreng, tempe goreng ataupun keropok lekor goreng, namun menu ini tidaklah selaris pisang goreng.

Sehingga ini petani dan pengusaha makanan berasaskan pisang masih tertunggu-tunggu apakah tindakan paling berkesan yang bakal diambil oleh exco pertanian negeri Johor YB. Aziz Kaprawi yang juga merupakan ADUN bagi kawasan Parit Raja bagi menyelesaikan masaalah ini, atau apakah exco berkenaan menunggu sehingga pengundi-pengundi di daerah ini mengambil tindakkan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan