Ahad, 1 November 2009

TAKLIMAT KHAS

Pimpinan sedang memberi taklimat

Peserta sedang khusuk mendengar amanat pimpinan

Oleh Pensilajaib
SRI GADING 2 November 2009 - Taklimat khas bertajuk "Merungkai kemelut dalaman PAS dan Pakatan Rakyat" berlangsung dengan lancar bermula jam 9.30 malam tadi dan berakhir lebih kurang jam 11.30 malam di pusat tarbiyah PAS kawasan Sri Gading.
Program dalaman itu dihadiri tidak kurang oleh 100 peserta dari pelbagai peringkat lapisan kepimpinan PAS kawasan Sri Gading dan beberapa pemimpin jemputan dari kawasan berdekatan. Tiga orang pimpinan telah menyampaikan amanatnya terdiri dari ketua penerangan PAS kawasan, YDP Kawasan dan ketua penerangan dewan pemuda PAS pusat.
Sessi soaljawab juga telah dibuka kepada peserta yang hadir. Rata-rata peserta berpuashati dengan penerangan yang diberikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan