Isnin, 9 November 2009

SUMBANGAN TAKAFUL AMAL

YDP Sri Gading menyampaikan sumbangan Cek bernilai RM11000.00 kepada puan Rosmah Misran sambil diperhatikan oleh pengarah Jabatan Amal Johor dan Ajk yang lain

Sumbangan di rumah Wak Ahmad Sukir

Oleh Pensilajaib
TONGKANG PECAH 9 November 2009 - Jam 4.30 petang semalam Jabatan Amal negeri Johor melalui skim Takaful Amal yang ditubuhkan telah menyampaikan wang sumbangan Takaful sebanyak sebelas ribu ringgit kepada puan Rosmah Misran balu kepada Allahyarham Angetarian Sairi (Naib YDP) Sri Gading (SG) yang telah kembali kerahmatullah kerana terkene kejutan elektrik di tempat beliau bertugas.

Turut mengiringi program penyerahan sumbangan ini ialah YDP SG Ust Hasim Jusuh, Ketua Penerangan SG En. Jamaludin Husin, Ketua Lajnah Kebajikan SG Norazman Sakib, Ketua Pemuda PAS SG, Ketua Jabatan Amal SG Norazrin Sakib dan beberapa Ajk Yang Lain.
Rombongan ini diketuai oleh Pengarah Jabatan Amal Dewan Pemuda Pas Negeri Johor En. Noorkhalim Sakib bersama seorang pegawai khas Takaful ikhlas.

Lajnah kebajikan juga di waktu yang sama turut mengiringi YDP menghulurkan sumbangan kepada Wak Ahmad Sukir yang terkena Ahmar sejak lebih kurang dua tahun yang lalu. Beliau tinggal di kampung Sengkuang yang merupakan ahli PAS vetren cawangan itu.
Program seterusnya pada petang itu ialah penyerahan sumbangan kepada Wak Amin yang tinggal di kampung Pt. Jelutung. Beliau baru sahaja keluar dari hospital berdekatan kerana rawatan penyakitnya. Difahamkan Wak amin akan menunaikan fardu Haji tidak berapa lama lagi.

Dalam pada itu Jabatan Amal negeri mengalu-alukan semua pemuda PAS dan ahli-ahli Unit Amal menyertai Skim Takaful Amal dengan kerjasama Takaful Ikhlas ini. Program hari ini adalah antara bukti terbaik manafaat yang bakal diperolihi kepada peserta skim ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan