Jumaat, 6 November 2009

BOWLING UKHWAH DPPNJ

Bergambar bersama setelah pertandingan selesai. En Salleh Tamjis kiri sekali berbaju biru

Wajah-wajah keriangan...


Antara peserta yang mengambil bahagian..


Ketua Lajnah Sukan DPPNJ berbincang serius bersama urusetia program.


Aksi salah seorang peserta.

Oleh Pensilajaib
SRI GADING 6 November 2009 - Sebentar tadi baru berlangsung pertandingan Bowling Ukhwah - Jemputan sektor Industri daerah Batu Pahat. Pertandingan ini diadakan di pusat bowling Pacific Bowl di BP Mall Batu Pahat. Dianjurankan oleh lajnah Sukan Dewan Pemuda Pas Negeri Johor yang dipengerusikan oleh En. Salleh Tamjis juga merupakan exco DPPNJ.

Program bermula dengan pendaftaran peserta seawal jam 8malam manakala petandingan pula bermula jam 9.15 malam. Sebanyak 14 pasukan dari sektor industri telah mengambil bahagian di antaranya pasukan dari kilang Fujitsu Parit Raja, kilang Sharp Sri Gading, kilang biskut Hwa Tai, Teras Waja dan lain-lain lagi. Penyertaan selebihnya adalah dari Dewan Pemuda Pas Sri Gading, Batu Pahat dan juga Nisa' Sri Gading. Sekalung penghargaan buat Nisa' Sri Gading kerana telah mempamerkan permainan yang sangat baik dan semangat kesukanan yang begitu tinggi.
Diakhir pertandingan tempat ketiga telah dimenangi oleh pasukan bowling dari Auto Sharp B dengan memperoleh sebanyak 655 mata, manakala tempat kedua pasukan Marvelous Fujitsu mendapat 657 mata. Johan pertandingan disandang oleh pasukan Auto Sharp A dengan mata sebanyak 741. Hadiah berupa midle dan hamper. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga tempat keenam. Peserta yang memperoleh mata terbanyak ialah En. Rusli Husin iaitu mendapat 180 mata. Hadiah pula disampaikan oleh ketua Dewan Pemuda PAS Sri Gading.

Syabas kami ucapkan di atas penganjuran ini yang kami kira bukan sahaja dapat mencungkil bakat-bakat terpendam malah dapat memperkenal Pemuda PAS kepada masyrakat industri di daerah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan