Isnin, 14 Jun 2010

Pak Mahbub dalam Utusan..

Selangor, Kedah mungkin tumbang



PERWAKILAN mengaminkan doa selepas tamat Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Dewan Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik), Pangkalan Chepa, semalam.



KOTA BHARU 13 Jun - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini memberi gambaran membimbangkan terhadap masa depan penguasaan pakatan pembangkang di Kedah dan Selangor.
Menurut beliau, kedua-dua kerajaan negeri itu kemungkinan tumbang jika tidak membuat persediaan rapi termasuk meningkatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.
Ketika mengingatkan demikian, beliau menjelaskan, kenyataan itu bukan untuk menakut-nakutkan pembangkang terutamanya Pas tetapi ia berasaskan bukti kukuh melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
Menurut beliau, dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor lalu, sokongan Melayu dan India berkurangan enam dan 10 peratus, begitu juga di Manek Urai sokongan Melayu kurang 6.3 peratus.
"Di luar sana masih terdapat empat juta rakyat yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Juga lebih 70 peratus pengundi muda yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) belum didaftarkan sebagai pemilih.
"Kita tidak boleh mengharapkan mereka datang mendaftar tetapi sebaliknya kita kena bekerja keras mendekati dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih seterusnya menyokong kita dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Bimbang rakyat hanya ada geran, bukan tanah






Mohd Nor Yahya   
KOTA BHARU, 10 Jun: "Kita bimbang satu hari nanti, rakyat negara kita hanya akan mempunyai geran tanah sahaja bukannya tanah,” kata perwakilan dari Kawasan Seri Gading, Johor Mohd Alias Sabu.
Ini, katanya kerana semakin banyak tanah akan menjadi milik rakyat negara luar dan ia juga boleh dilihat dalam pembangunan Bandar Baru Iskandar Johor.
“Yang mana rakyat negara ini tidak akan mampu membeli bangunan yang berharga ratusan ribu ringgit dan rakyat negara luar dapat memilikinya," ujar beliau lagi pada Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-51.
Beliau menyatakan demikian berhubung isu penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepada Singapura.
Mengenai pemberian lesen judi oleh kerajaan Pusat kepada syarikat Berjaya Group, katanya ia merupakan langkah terburuk dalam menangani gejala perjudian di negara ini.
Malah, katanya pihak Mmno BN tidak berminat langsung untuk membasmi perjudian, malah ingin menambahkan lagi dengan alasan menghalang perjudian secara haram.
Mohd Alias juga berkata, Pemuda PAS seharusnya sentiasa menjadi golongan pendesak kepada kerajaan maupun pimpinan parti dalam pelbagai isu yang boleh memudaratkan negara ini.
Menyentuh isu negara yang semakin hilang aset negara, beliau berkata sehingga kini sudah banyak perkara yang boleh menghancurkan negara seperti isu perebutan Batu Puteh yang sudahpun menjadi milik Singpura dan terbaru pendedahan terhadap pemberian dua blok minyak L dan M kepada Brunei yang mengakibatkan negara kerugian berbillion ringgit.

4.15 petang


Mohd Alias Sabu
Perwakilan Sri Gading, Johor


Pemuda PAS masih tunggu kandungan Akademi Latihan Pemuda. Sampai sekarang hanya dapat cover cd sahaja. "Kita bimbang kalau-kalau Pos Malaysia yang sabotaj," katanya secara bergurau.


Beliau juga bimbang kalau-kalau alasan beri judi bola digunakan untuk halal pelacuran pula kononnya lesen pelacur untuk elakkan pelacuran yang berleluasa sekarang.

Jumaat, 4 Jun 2010

Kem Ibadah Cemerlang