Selasa, 23 November 2010

Gaji Perdana Menteri Malaysia RM22,826.65 Sebulan


KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005. — Bernama

Ahad, 21 November 2010

Pemuda perlu jaga pemakanan

GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu.
Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini.
Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya.
Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan....KOSMO

Jumaat, 19 November 2010

Program Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading

Program Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading merupakan program acara tahunan yang diadakan bagi menyampaikan sijil-sijil dan cenderahati keapda pelajar-pelajar PASTI bermula 4, 5 dan 6 tahun sebelum mereka melangkah ke tahap pemgajian yang seterusnya. Penghargaan ini dilakukan setelah mereka mempelajari sistem pendidikan PASTI yang telah diajar di sekolah-sekolah PASTI sebanyak 12 buah dalam kawasan Sri Gading. Ia telah berjaya diadakan pada 7 Zulhijjah 1431H bersamaan 14 November 2010 iaitu pada hari Ahad bertempat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Chong Hwa, Sri Gading.  Pada tarikh tersebut, pihak pengurusan PASTI Hamka, Tongkang Pechah yang diketuai oleh Saudara Jefri bin Hj Esa serta guru-guru yang terlibat telah dianugerahkan sebagai PASTI pengurusan terbaik peringkat kawasan Sri Gading. Seramai 583 orang pelajar telah menerima sijil tamat pengajian untuk peringkat 4, 5 dan 6 tahun. 

Dalam majlis tersebut, perasmian telah disempurnakan oleh Saudara Alias bin Sabu selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading merangkap Penasihat PASTI Kawasan Sri Gading. Turut memeriahkan majlis, seluruh kepimpinan PAS Kawasan yang diketuai oleh Ustaz Hashim Jusoh selaku Yang Di-pertua PAS Kawasan Sri Gading hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil. Ucapan penghargaan dan tahniah juga diucapkan kepada Pengarah Program merangkap Ustaz Rizal Manaf selaku Timbalan Pengerusi 2 PASTI Kawasan Sri Gading dan juga Pengerusi PASTI Kawasan Sri Gading iaitu Saudara Mahadzir bin Mat Zili serta AJK pelaksana yang terlibat dalam perjalanan majlis ini. Sekalung tahniah juga diucapkan buat guru-guru PASTI  yang dedikasi melatih anak-anak murid. Sekali lagi tahniah buat ibu bapa dan penjaga yang terlibat sepanjang majlis berlangsung. Berikut adalah senarai nama pelajar-pelajar PASTI yang telah dipilih sebagai pelajar cemerlang Hari Kecemerlangan PASTI 2010 Kawasan Sri Gading:

Pelajar cemerlang keseluruhan 5 tahun
  1. Muhd Amirul Haziq bin Norhisyam – PASTI Hassan Al-Banna
  2. Siti Nur Aisyah bte A. Rahman – PASTI An-Nur
  3. Ismail Danish bin Ibrahim – PASTI Al-Uwaeis
Pelajar cemerlang keseluruhan 6 tahun
  1. Nur Batrisyia Ervana bte Azrul Syahizan – PASTI Al-Uwaeis
  2. Nurul Ulya Atiqah bte Hamdani – PASTI An-Nur
  3. Hayatul Akma Batrisyia bte Abd Rais – PASTI Nur Hidayah




Selasa, 16 November 2010

PAS perlu menang dengan kekuatan sendiri

Ditulis oleh Nasri Abdullah
SHAH ALAM, 13 Nov: PAS perlu menang dalam pilihan raya dengan kekuatan sendiri bukan menumpang kelemahan Umno BN, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Katanya, biarpun Umno lemah namun kekuatan itu perlu dibina kerana cabaran paling besar adalah bukan untuk menang, tetapi kekuatan untuk mengisi kemenangan. "Kita mahu supaya parti kita mencapai kejayaan dengan kekuatan kita sendiri, bukan dengan kelemahan yang ada pada lawan kita. "Kita sedar bukan sahaja mahu menang, tapi mengisi kemengan," katanya pada sidang media selepas merasmikan seminar 'PAS Sedia Ganti Umno' di sini hari ini. Antara pemimpin PAS Pusat yang hadir pada seminar itu ialah timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib, Salahuddin Ayub, ketua muslimat, Nuridah Mohd Salleh, setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, pengarah pilihan raya, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Dalam ucapan sebelum itu, beliau menggariskan tiga perkara bagi membina kekuatan dalam PAS agar parti itu mampu memerintah negara. Pertama, katanya adalah kekuatan aqidah Islam di kalangan setiap ahli. Ianya termasuk persoalan akhlak, ibadah dan tarbiyah yang mantap untuk melalui perjuangan yang penuh liku. "Kalau sama sahaja kita dengan Umno, sama-sama tak sembahyang, sama-sama tak berjemaah, dan tak kuat hubungan dengan Allah, kita tidak akan menang," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.
 
Kedua, ujarnya adalah kekuatan pada organisasi yang baik termasuk cawangan yang banyak dan bergerak dan ahli yang ramai. Antara sebab kawasan PAS kalah pada pilihan raya, katanya adalah kerana tidak mempunyai cawangan yang banyak dan tidak bergerak. "Berlawan dengan Umno ni lebih teruk berlawan dengan orang gila dan bodoh. "Orang gila dan bodoh tak boleh buat undang-undang, tapi Umno boleh buat apa sahaja untuk menangkan mereka. Sebab itu kita kena kuat," tambahnya lagi. 


Manakala perkara ketiga katanya adalah strategi yang baik dan digerakkan ke akar umbi. Strategi di semua peringkat jelasnya perlu diselaras agar memberi kesan yang besar pada setiap tindakan yang dibuat. Umno berundur secara terhormat Selain itu beliau turut meminta Umno mengaku kelemahan mereka dan berundur secara demokratik dengan memberi laluan kepada PAS dan Pakatan Rakyat memerintah negara. Ia kerana parti itu sudah jelas lemah dan tidak mampu mengurus rakyat dan negara dengan baik.

"Hari ini Umno adalah teras kepada kepimpinan negara. Kita tahu masalah yang dihadapi walaupun cuba nak sembunyi dengan pelbagai undang-undang tapi akhirnya terdedah. "Sebab itu kita mintak secara terhormat dan demokratik seperti berlaku di negara-negara lain, pilihan raya adil dan bebas di mana parti pemerintah yang mengalami masalah, sedia berundur. Tapi keadaan ini tak berlaku dalam negara kita," katanya. Beliau bagaimanapun turut menggesa ahli agar meneruskan usaha dakwah kepada rakyat termasuk ahli Umno agar melakukan perubahan. Menurutnya, PAS tidak akan menang dengan hanya mengharapkan kepada undi ahli sahaja malah juga memerlukan undi orang Umno. Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad akan membentang kertas kerja bertajuk "PAS Ganti Umno; Rasional dan Tindakan". Manakala AJK PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaffar akan membentangkan tajuk "Umno dan Krisis Ketuanan Melayu".

Isnin, 8 November 2010

Banyakkan cawangan, aktif sebar maklumat

 Ditulis oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Kekalahan PAS di Galas memerlukan parti itu  aktif di kawasan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Cawangan yang aktif, katanya penting bukan sahaja dalam usaha menyampaikan maklumat tepat, malah sebagai duta PAS mendampingi masyarakat. "Pengajaran besar adalah kita perlu banyak cawangan bergerak."Saya harap PAS negeri banyakkan cawangan," katanya kepada Harakahdaily hari ini. Beliau berkata demikian sebagai mengulas faktor kekalahan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas 4 November lalu. Pada PRK itu Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Yusof 5,324 undi. Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kebanyakan PAS kalah adalah di kawasan pedalaman di mana parti itu tidak mempunyai cawangan yang aktif. Sebaliknya, rakyat bandar dan pinggir bandar masih mengekalkan sokongan kepada PAS seperti PRU 2008 lalu. "Trend rakyat bergantung kepada maklumat. Bila rakyat tidak dapat maklumat, kita sukar untuk menang," katanya lagi. Faktor tersebut juga, ujarnya membezakan  Kelantan namun tidak di Terengganu. "Saya bangga PAS Kelantan mampu bertahan lebih 20 tahun walaupun dikepung segenap penjuru. "Bezanya dengan Terengganu adalah kerana Kelantan mempunyai banyak cawangan yang bergerak," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang. Selain maklumat tidak sampai, faktor besar kekalahan PAS, katanya adalah padang permainan tidak sama rata. PAS, katanya bukan sahaja berdepan BN, malah berdepan kerajaan itu sendiri. "Kita tak rasa hairan dengan keputusan itu, bahkan kita merasa hairan jika kita menang. "Kita ada pengalaman, kita pernah kalah pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, tapi bila pilihan raya umum, kita menang. "Pilihan raya kecil tidak boleh menjadi ukuran sebenar pilihan raya," katanya. Beliau bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menjayakan kempen PAS di Galas. Beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak yang mendakwa tsunami politik 2008 berhenti di Galas. Menurutnya, arus perubahan khususnya di kalangan pengundi muda masih berlaku dan akan terus berlaku jika mereka mendapat akses maklumat. "Kita lihat mereka yang berpendidikan tinggi, tidak suka kepada BN. Ini satu perkembangan yang baik," katanya.

Khamis, 4 November 2010

SANG MURABBI: Ayahnda Haji Sakib dalam kenangan



Al-fatihah buat Mantan YDP PAS Kawasan Sri Gading, Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 3.30 petang Selasa lalu. Beliau di tempatkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Besar Batu Pahat sejak seminggu yang lalu setelah terlibat dalam kecelakaan jalan raya, Allahyarham tidak sedarkan diri setelah pembedahan kecil membetulkan salur ususnya yang rosak akibat hentakan yang kuat pada perut.
Allahyarham Tn Haji Sakib Bin Manan merupakan Mantan Yang Di Pertua PAS Kawasan Sri Gading. Mesra dangan panggilan ayahnda ini sentiasa kelihatan berada di mana-mana program PAS. Meninggal dunia dalam usia 76 tahun, pernah di anugerahkan sebagai 'Tokoh Bapa Pejuang' dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ke-37 pada tahun lalu. Setelah 26 tahun menerajui PAS kawasan. Anugerah khas ini disampaikan sebagai mengenang jasa beliau yang telah berjaya mewariskan perjuangan PAS kepada 11 daripada 12 anaknya. Antaranya seperti Nor Ain (YDP Kluang/Pegawai Penerangan PAS Johor/wakil tvpas.com Johor), Nor Khalim (Pengarah Jabatan AMAL Johor) dan Nor Ashid (Bekas Tahanan ISA)
Ayahnda memang seorang yang cekal dan sangat positif. Pernah dihalau daripada kampung kerana menubuhkan PAS di Kampung Parit Sonto pada satu ketika dahulu. Menggambarkanketabahan serta semangat juang dan komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan,
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Parit Daun, Parit Raja selepas solat Isyak. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..