Isnin, 14 Jun 2010

Pak Mahbub dalam Utusan..

Selangor, Kedah mungkin tumbang



PERWAKILAN mengaminkan doa selepas tamat Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Dewan Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik), Pangkalan Chepa, semalam.



KOTA BHARU 13 Jun - Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman hari ini memberi gambaran membimbangkan terhadap masa depan penguasaan pakatan pembangkang di Kedah dan Selangor.
Menurut beliau, kedua-dua kerajaan negeri itu kemungkinan tumbang jika tidak membuat persediaan rapi termasuk meningkatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.
Ketika mengingatkan demikian, beliau menjelaskan, kenyataan itu bukan untuk menakut-nakutkan pembangkang terutamanya Pas tetapi ia berasaskan bukti kukuh melalui beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.
Menurut beliau, dalam Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor lalu, sokongan Melayu dan India berkurangan enam dan 10 peratus, begitu juga di Manek Urai sokongan Melayu kurang 6.3 peratus.
"Di luar sana masih terdapat empat juta rakyat yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Juga lebih 70 peratus pengundi muda yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) belum didaftarkan sebagai pemilih.
"Kita tidak boleh mengharapkan mereka datang mendaftar tetapi sebaliknya kita kena bekerja keras mendekati dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih seterusnya menyokong kita dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-56 di Pusat Tarbiah Islamiyyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan