Khamis, 12 November 2009

QURBAN PERDANA PAS SRI GADING

"Ini bukan kepala lembu depan pintu pejabat SUK Selangor, tapi kepala lembu korban." Sendiri ingat, aa.. SEMUA NI GAMBAR FAIL TAU...bukan dah potong..!
Sahabat-sahabat sedang melapah daging korban


Parang bersilang.... lembu di korban.. bukan or...

Oleh Pensilajaib
ANCAMAN
Nabi SAW bersabda: "Sesiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

KELEBIHAN
Nabi SAW bersabda lagi: "Besarkanlah (hebatkanlah) penyembelihan binatang korbanmu, sesunguhnya ia akan menjadi kenderaanmu melalui Sirat (titian) di Hari Akhirat nanti."

PAS kawasan Sri Gading melalui Lajnah Kebajikan akan mengadakan program ibadah Qurban secara berkelompok sempena Hari Raya Aidiladha tidak berapa lama lagi. Sehubungan dengan itu Lajnah mengalu-alukan penyertaan daripada muslimin -muslimat untuk turut sama dalam program ini. Butirannya adalah sebagaimana berikut:

Nama Program:
Qurban Perdana PAS Sri Gading
Tarikh & Tempat:
27-11-2009 Jumaat / PAS Cawangan Parit Raja Darat
28-11-2009 Sabtu / Markas PAS Cawangan Sengkuang
29-11-2009 Ahad / Markas PAS Cawangan Tongkang Pecah

Harga:
Rm 650.00 bagi seekor Kambing
Rm 380.00 bagi Lembu (sebahagian)
Hubungi:
Sdr.Azman Sakib - 019 787 4229 (Ketua Lajnah Kebajikan Kawasan)
Ust. Hasim Jusoh - 013 754 2054 (YDP Sri Gading)
Hj. Salleh Abd. Samad - 013 787 4148 (S/U Kawasan Sri Gading)
Hj. Sakib Abd. Manan - 013 613 7898 (Mantan YDP)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan