Khamis, 19 November 2009

2 HARI TIADA AIR


Oleh Pensilajaib
JUMAAT 20 November 2009 - Penduduk di sekitar Yong Peng, Batu Pahat dan Plentong Johor Baharu dinasihatkan menyimpan air secukupnya pada hari ini dan esok kerana akan berlaku ganguan bekalan air dalam tempoh berkenaan.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Holding Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil, berkata pengguna di Batu Pahat dan yong Peng dinasihatkan berbuat demikian berikutan kerja penyenggaraan TNB di Loji Air 2 dan 3 Yong Peng bermula jam 3 petang hingga 9 malam Jumaat.

Kawasan yang dijangka terbabit ialah seluruh Yong Peng, Kangkar Baru dan Tanjung Semberong, seluruh Air Hitam , Felda Air Hitam, Jalan Kluang hingga Parit Hamid, seluruh Parit Yaani, Jalan Sri Bengkal, seluruh Sri medan, Parit Sulong, Tongkang Pecah, Jalan Parit Jalil, seluruh kawasan industri Sri Sulong dan Taman Sri Sulong.

Plentong pula akan mengalami ganguan bekalan air berikutan kerja pengalihan paip di Simpang Taman Molek dari jam 10 pagi hingga 10 malam Sabtu ini.

Kawasan terjejas ialah Taman Perindustrian Plentong, Kampung Sri Makmur dan Flet Rumah Awam, Pasaraya Giant, Tesco Xtra, Jalan Masai Lama, Berkeley Court Apartment, Prima Regency Service Apartment Hotel Dorsett, Taman Molek, Taman Redang dan Taman Panderosa.

Selain itu Taman Desa Harmoni, Kampung Rumah 10, Kampung Bahagia, Kampung Plentong Tengah, Gerai MPJB Laman Tasek, Taman Saujana dan Kampung Desa perwira.

Sebarang masaalah sila hubungi Pusat Maklumat SAJ di talian bebas tol 1800-88-7474 atau SMS ke 019-77277474 atau emailkan ke customer.care@saj.com.my.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan