Selasa, 3 November 2009

HARI-HARI PILIHANRAYA....

"RADIX PIZZA HOUSE" Pilihan terbaik untuk kita... Milik orang Islam.
"RADIX FRIED CHICKEN" Telah membuka cawangan di Kluang berhadapan dengan Kluang Mall


Terpulanglah anda buat pilihan.....

Oleh Pensilajaib
DPPKSG 4 November 2009 - Pilihanraya bukanlah sekadar lima tahun sekali, tapi sebenarnya kita berpilihanraya setiap hari. Cuba kita renung balik aktiviti seharian kita, nak mandi kita kene pilih samada nak pakai air panas ke air sejuk ke?, pakai baju kene pilih samada baju batik ke baju kemeja ke?, beli sayur pun kene pilih samada kangkung, bayam , kobis, kacang panjang, terung ke? Itulah rutin kehidupan kita. Pendek kata hidup kita penuh dengan pilihanraya.

Perkataan "RAYA" lazimnya ditambah untuk mengambarkan sesuatu yang besar. Contohnya hantu raya, pasar raya, hari raya, balai raya, jalanraya ataupun sebagainya. Begitulah dengan perkataan "pilihanraya". Cuma kita barangkali tak berapa perasaan sesuatu itu penting dan besar bila kita sebut perkataan "pilih". Kita perlu sedar dan ingat bahawa setiap yang kita pilih akan Allah dipersoalkan diakhirat nanti... jadi kalau kita nak makan ayam goreng sekarang ini dah ada pilihan restoran mana kita nak masuk.. buatlah pilihan kita sekarang....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan