Ahad, 8 November 2009

HIMPUNAN JENTERA PILIHANRAYA DPPNJ

Kaunter pendaftaran

Peserta khusuk mendengar pembentangan kertas kerja

Antara peserta yang hadir


Ust Abu Bakar Chik sedang membentang kertas kerja

Oleh Pensilajaib

PARIT RAJA 8 November 2009 - Satu program "Himpunan Jentera Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Negeri Johor" anjuran Jabatan Pilihanraya Pemuda PAS Johor telah berlangsung pagi tadi di dewan hotel De impian inn berdekatan dengan bangunan Maybank Parit Raja. Program pagi tadi dihadiri tidak kurang dari 100 orang peserta dari seluruh negeri johor. Hampir semua kawasan menghantar wakil dalam program ini.

Dua orang ahli panel telah membentang kertas kerja terdiri dari Ust Abu Bakar Chik yang merupakan Ajk PAS pusat. Ahli panel yang kedua ialah En. Ishak Salleh merupakan pengarah Jabatan Pilihanraya Pas negeri Johor.Pengulungan program pula dilakukan oleh En. Suhaizan Kayat yang merupakan timbalan ketua pemuda PAS Johor merangkap ketua penerangan pemuda PAS pusat. Beberapa resolusi penting telah dicapai bagi memastikan pemuda PAS berada di posisi yang betul bagi membantu kemenangan di PRU-13.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada webmaster kerana paparan aktiviti 'up to-date'.

Moga menjadi antara media alternatif paling berpengaruh di Johor!

http://khairulrijal.wordpress.com/

DPPKSG berkata...

Terima kasih...
Ini pun kerana semangat yang ditunjukkan oleh semua ahli DPPKSG sendiri.

Catat Ulasan