Isnin, 16 November 2009

MAHKAMAH ARAH SPR ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH

Dato' Abu Hasan Sarif bekas Adun Kota Siputeh
Pecahan pengundi mengikut kaum (Malaysiakini)

Petikkan dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.
Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Ulasan:
Sekiranya BN gagal mendapatkan injunksi daripada mahkamah rayuan untuk menghalang keputusan mahklamah tinggi dan pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh terpaksa diadakan, PAS mestilah:
1.Memastikan gelombang kemenangan PRK Bagan Pinang dihentikan.
2.Memenangi PRK di DUN ini atau memenanginya dengan majoriti lebih besar dari yang diperoleh BN sebelum ini untuk membuktikan bahawa segala isu-isu yang terpalit kepada PAS selama ini adalah semata-mata sesuatu yang diperbesar-besarkan oleh media BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan