air mata menahan sebak.
Oleh Pensilajaib
MCA 18 November 2009 - Krisis dalaman MCA yang tercetus sejak sebelum pemecatan Dato' Chua Soi Lek nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Walaupun plan damai telah dibentuk tetapi ianya tidak mampu untuk melenyapkan krisis yang kian membarah.
Hari ini MCA telah melakar satu sejarah hitam di sepanjang penubuhannya sejak 60 tahun yang lalu. Parti tertua bagi kaum Cina itu telah memecat ketua pemudanya Datuk Wee Ka Siong yang juga merupakan ahli parlimen Air Hitam (bersempadan dengan parlimen Sri Gading) dan dalam masa yang sama turut memecat ketua wanitanya Datin Paduka Chew Mei Fun dari menduduki jawatan sebagai ahli majlis presiden.
Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat jawatan pusat (cc) MCA hari ini. Tujuh orang lagi yang menjadi penyokong Datuk Seri Liaw Tiong Lai turut mendapat nasib yang sama.
Mesyuarat jawatankuasa itu juga turut membuat undian menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual berlangsung 28 November ini. 20 anggota cc menolak 10 menyokong dan 2 berkecuali.
Pertikian kali ini dijangka akan menjadi lebih rumit. Kumpulan yang tersingkir sudah pasti tidak akan berdiam diri. Ketua wanitanya dalam satu sidang media hari ini menyeru semua perwakilan untuk hadir dalam EGM 28 November ini bagi memastikan demokrasi dalam MCA terus subur. Samalah kita lihat episod seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan