Ahad, 8 November 2009

SEMINAR POLITIK PAS PUSAT

Ketua Penerangan PAS kawasan Sseri Gading En. Jamaludin Husin

Saf pimpinan PAS pusat
Perwakilan yang mengambil bahagian


Oleh Pensilajaib

KUALA LUMPUR 7 November 2009 - Pemimpin PAS semua peringkat seluruh negara telah berkumpul hari ini di markas PAS Taman Melewar ekoran desakan Mursyidul Am yang mahukan persidangan agung luarbiasa (EGM) diadakan bagi menyelesaikan masalah dalaman parti baru-baru ini. Sehubungan itu AJK PAS pusat yang telah bermesyuarat memutuskan untuk mengadakan satu "Seminar Merperkasakan Parti" bagi mengantikan EGM cadangan TGNA itu.

Difahamkan lebih satu ribu lima ratus orang perwakilan mengambil bahagian.Sri Gading telah menghantar lima orang perwakilan terdiri dari YDP Ust Hasim Jusoh, ketua Urusan Ulamak Ust Salam Osman, ketua penerangan kawasan En. Jamaludin Hussin, ketua dewan muslimat Puan Fauziah salleh dan ketua pemuda Pas kawasan. Beberapa resolusi telah dicapai bagi tujuan memperkasa parti pada masa depan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan