Isnin, 30 November 2009

UMNO "busuk hingga ke Ususnya"...

Tun Dr. Mahathir buat kenyataan dalam blognya Che det...

agaknya macam nilah busuknya 'Usus' UMNO...
Oleh Pensilajaib
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana "Umno busuk hingga ke ususnya.""Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi," kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

"Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan." Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya.

Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga," tulis Mahathir lagi.Berikut adalah tulisan penuh Mahathir dalam blognya Chedet yang disiarkan pada 30 November 2009 jam 12:07 tengahari.

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.
11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Konvensyen PAS 2009 : Menyekat kebebasan bersuara?!

Oleh khairulrijal.wordpress.com
1. Bercakap soal hak kebebasan bersuara, istilah “lunak” setiap blogger hari ini. Namun, adakah batasnya?

2. Bercakap tentang soal had penulisan blog, “adakah ia perlu?, bukankah ia bertentangan dengan hak bersuara rakyat?”


3. Kebebasan bersuara di zaman sahabat, adalah realiti sebenar had & hak kebebasan bersuara dalam Islam. Lihatlah kata-kata saiyidina Umar Al-khatab semasa dilantik menjadi khalifah sebagai had kebebasan sebenar. Dia berkata kepada para sahabat,”Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah org yg paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!”

Lihatlahlah keadaan dunia hari ini, apabila hak kebebasan disuarakan oleh pejuang-pejuang barat? di mana arah tuju mereka? Akhirnya menentang ketuanan Islam. Ingat kes aurat, Shabina Begum di London? Kes 4 pelajar sekolah di Singapura yang dilarang ke sekolah? Turki, Merve Safa Kavakci daripada Parti Kebaikan Turki yang dipecat kerana bertudung, malah di Malaysia, Tuan Guru Hik Aziz pernah mengeluarkan kenyataan “Aurat wanita ‘dera’ emosi kaum lelaki”, siapakah yang menetang semua kes-kes ini? semuanya mereka yang berpegang kepada hak kebebasan bersuara.

Sebenarnya, jika semua blogger PAS bersatu, ambil 1 isu cth – isu aurat di Malaysia sahaja pun sudah mencukupi untuk membuatkan UMNO “tidak cukup tangan” menjawabnya.

  • Oleh yang demikian, penulis berpendapat, sudah sampai masalahnya semua blogger PAS atau blogger pro-PAS atau apapun istilahnya, melihat kembali hak kebebasan bersuara masing-masing sebelum menulis dan mengolah sesuatu isu.

  • Sudah tiba masanya, semua blogger PAS membuat satu ketetapan untuk memandu halatuju penulisan ke arah “kesejahteraan” jemaah dengan menumpukan serangan ke atas pemerintah yang zalim, yang lebih aula ditumbangkan bukannya jemaah sendiri.

  • Semoga konvensyen ini nanti akan menghasilkan suatu “penggulungan” yang jelas dan terarah

  • Untuk itu, suatu persiapan yang rapi diperlukan oleh jawatankuasa program agar matlamat yang digariskan tercapai.

    Seruan kepada semua blogger PAS @ Pro PAS yang ikhlas dalam perjuangan ini, kita semua bertanggungjawab atas apa yang kita tulis dan apa yang kita sebarkan, sesungguhnya tulisan yang paling baik ialah apabila kalam atau tulisan itu diungkap, ia mengingatkan kita kepada kebesaran Allah SWT.


Ahad, 29 November 2009

Pisang... oh.. pisang...

Pokok pisang menjadi layu dengan serangan bakteria...

Setandan pisang "kepok"berpenyakit...

Harga kerepek sekarang melambung...

sedapnya..... apakandaya .., susah nak dapat sekarang...

Oleh Pensilajaib
BATU PAHAT: Kejadian ratusan hektar tanaman pisang di sekitar daerah ini diserang penyakit ganjil, memberi banyak kesan negatif terhadap bekalan buah itu di pasaran tempatan.Selain perusahaan makanan ringan, penyakit dikenali sebagai layu veskular mula dikesan menyerang tanaman terbabit sejak Oktober 2006 lalu itu, bakal menyebabkan ramai penggemar pisang goreng mengeluh panjang.

Ini berikutan penyakit berpunca daripada sejenis bakteria, ralstonia solana cearun, menyebabkan banyak pokok pisang matang dan sedang berbuah di kawasan terbabit mati. Serangan bakteria baru ditemui itu, menyebabkan pokok pisang menjadi layu sebelum mati. Malah, ia turut merosakkan buah matang yang sedia untuk dituai.
Setakat ini, dianggarkan 1,000 hektar kawasan tanaman pisang di sekitar daerah ini, terutama di Rengit menerima padah. Penyakit yang hingga kini belum ditemui penawarnya itu, menyebabkan petani di kawasan terbabit kerugian hampir RM2 juta, sekali gus hilang punca pendapatan.

Antara kawasan paling teruk mengalami masalah berkenaan ialah beberapa kampung di Mukim Sungai Punggor, Mukim Kampung Bahru, Mukim Sungai Kluang serta Mukim Minyak Beku dan beberapa kampung di sekitar Parit Yanni. Serangan penyakit itu, kini dikatakan menjadi punca utama berlaku kekurangan bekalan pisang di pasaran tempatan, sekali gus menjejaskan operasi pengusaha makanan ringan serta penjual pisang goreng.

Bagi penjual pisang goreng, kekurangan bekalan pisang nipah atau kepok yang menjadi bahan utama perniagaan mereka, menyebabkan harganya kini meningkat. Turut merasai kesan langsung dari permasaalahan ini pengusaha-pengusaha IKS di sekitar Parit Raja terutamanya di kampung Parit Tengah, Parit Daun, Seri Dalam dan beberapa buah kampung berdekatan yang menjadikan Industri makan ringan berasaskan pisang.

Jika kita meninjau gerai-gerai yang menjual pisang goreng di sekitar Parlimen Batu Pahat dan Sri Gading kita mendapati saat ini mereka terpaksa menukar menu jualan pisang goreng kepada keledek goreng, tempe goreng ataupun keropok lekor goreng, namun menu ini tidaklah selaris pisang goreng.

Sehingga ini petani dan pengusaha makanan berasaskan pisang masih tertunggu-tunggu apakah tindakan paling berkesan yang bakal diambil oleh exco pertanian negeri Johor YB. Aziz Kaprawi yang juga merupakan ADUN bagi kawasan Parit Raja bagi menyelesaikan masaalah ini, atau apakah exco berkenaan menunggu sehingga pengundi-pengundi di daerah ini mengambil tindakkan?

Sabtu, 28 November 2009

SEPOTONG HADITH BUAT RENUNGAN..

Oleh Pensilajaib
"Siapa yang melapangkan seorang muslim dari kesusahan dunia Allah akan melapangkannya dari kesusahan pada hari kiamat. Siapa yang memberi kemudahan kepada orang yang kepayahan Allah akanmemberikannya kemudahan di dunia dan akhirat.

Siapa yang menyembunyikan rahsia seorang muslim di dunia , Allah akan menyembunyikan rahsianya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong hamba-Nya selagi hambanya itu menolong saudara-Nya."
(Hadith Riwayat Muslim, Abu Daud, Nasai, Tirmizi dan Ibn Majah)

ADIL, BERI SALAM DAN IMFAK

Oleh Pensilajaib
"Ada tiga perkara, sesiapa yang menghimpunnya berti telah menghimpun keimanan, iaitu: Berlaku adil kepada diri sendiri, membudayakan salam kepada penduduk bumi dan berimfak dalam keadaan fakir." (Riwayat Bukhari, muslim)

Jumaat, 27 November 2009

IBADAH KORBAN DI SRI GADING

Banner dipasang di sana sini...
Khalim tengah "tunjuk skill"....

Po..tong, po..tong, po..tong, po..tong...



Azren Ketua Pemuda PAS cawangan Parit Raja Darat turut melapah daging... nak bagian lebih lah tu...



Potong daging beramai-ramai....di Pasti pintar..

Oleh Pensilajaib
PARIT RAJA DARAT, 10 Zulhijjah 27 November 09 – Lebih kurang jam 2 petang tadi, bermulalah program Ibadah Korban sessi petang PAS Kawsaan Sri Gading bagi Cawangan Parit Raja Darat dan berakhir kira-kira jam 4 petang. Sessi pagi dilaksanakan di markas PAS cawangan Sengkuang dan 3 ekor lembu telah dikorbankan. PAS Cawangan Parit Yaani turut mengadakan program yang sama, diikuti oleh cawangan Tongkang Pecah dan Parit Besar.

Ibadah penyembelihan Korban cawangan Parit Raja Darat ini disempurnakan oleh Imam 1 Surau Parit Raja Darat, Tuan Haji Mahali. Lebih daripada 50 orang terlibat dalam program ini manakala seekor lembu dikorbankan.

Apa yang sangat menarik ialah penyertaan seluruh penduduk kampung ini tidak mengenal tua, muda, remaja dan kanak-kanak. Walaupun mereka tahu ini ialah program anjuran PAS namun itu semua sudah tidak menjadi masalah bagi penduduk kampung ini. Program ini dilakukan di perkarangan Pasti Pintar Parit Raja Darat.

Ketua pemuda PAS Sri Gading, Timbalan, Bendahari, beberapa orang ajk pemuda kawasan, ketua Cawangan dan ketua pemuda cawangan ini turut kelihatan di sini. Bisik-bisik bersama Ketua Pemuda Kawasan dan timbalan ketua pemuda kawasan Sri Gading En. Noorkhalim Sakib menyatakan, mereka berazam akan memastikan sekurang-kurangnya 3 ekor lembu akan dikorban di sini memandangkan sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk kampung ini.

Program Ibadah Korban Sri gading bagi tahun ini sebenarnya dikelolakan oleh Lajnah kebajikan PAS Kawasan Sri Gading yang diketuai oleh En. Norazman Sakib.

Khamis, 26 November 2009

PERUTUSAN AIDILADHA OLEH KETUA DEWAN PEMUDA PAS SRI GADING


Allahuakbar.. Allahuakbar…Allahuakbar…
Assalamualaikum w.b.t. segala puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w penghulu kepada segala Nabi dan Rasul, kepada ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Allah kerana telah memberi peluang kepada kita untuk bertemu dengan Hari Raya Aidiladha pada kali ini. Semoga kita tidak mempersia-siakan umur yang telah diberikan. Marilah kita bekerja keras untuk bangun menegakkan kalimah Allah di bumi Malaysia ini.

Sahabat-sahabat sekalian, sekalung doa kita kirimkan moga Allah memberikan segala nikmat dan kemudahannya kepada sekalian saudara-saudara Islam kita sedunia yang sedang mengerjakan Ibadah Haji di tanah suci Makkah Al-Mukarramah. Moga mereka semua dikurniakan Haji yang Mabrur dan pulang ke tanah air masing-masing sebagai pendokong-pendokong agama Allah dan bukannya sebagai penghalang kepada tertegaknya Syari’at Allah di muka bumi ini.

Allahuakbar…allahuakbar…Allahuakbar..
Hari Raya Aidiladha, Hari raya Haji atau juga disebut sebagai hari Raya korban tentunya mengingatkan kita kepada sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Puteranya Nabi Ismail a.s. Sejarah itu mengajar kita bagaimana sepatutnya kita tunduk dan patuh kepada segala titah perintah Allah tanpa sebarang peluang untuk menyanggah walaupun berat di hati untuk kita laksanakan, apatah lagi jauh dari itu untuk mempertikai segala ketetapan peraturan dan hukum yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan Sunah Nabi Junjungan.

Amat malang sekali dalam negara kita yang sudah dikatakan negara yang sangat pesat membangun malah pernah diistihar sebagai sebuah ‘Negara Islam’ seringkali mempertikai dan memperlekah segala peratuaran dan hukum hakam Islam.

Lihatlah bagaimana kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan tertinggi negara, menteri dalam negeri, dan lainya tentang ‘kes Kartika’ yang mahu dilaksanakan segera hukuman sebat yang telah diperuntukan oleh Enekman Jenayah Syari’ah negeri Pahang.

Walaupun peraturan itu tidaklah menepati kehendak Islam sepenuhnya tetapi hanya sekadar mengambil semangat peraturan Islam pun sudah ditentang habis-habisan. Apakah mungkin pemimpin seperti ini akan memberi ruang kepada terlaksananya syari,at Islam yang sebenar?. Cukuplah peluang memerintah yang telah kita berikan selama lebih 50 tahun… Cukuplah…

Berupayakah kita yang telah memberi undi kepada mereka untuk berhadapan dengan mahkamah Allah Rabbul Jalil di padang Mahsyar nanti..? Arak, judi, kelab-kelab malam, hiburan terlampau di radio, TV, gejala keruntuhan moral, dadah, buang anak, mat rempit, bohsia, zina, ragut, rompak, bunuh, cincang sudah berlaku di mana-mana saja di waktu ini.

Ingatlah selagi peraturan Allah ditentang, buatlah peraturan ciptaan sendiri, walau sehebat mana pun, panggilah cerdik pandai, Professor seluruh dunia berkumpul untuk melakukannya, percayalah saudaraku ianya tidak akan mampu untuk menyekat segala kebobrokkan masyrakat. Percayalah…yang mampu menutup hati manusia untuk melakukan kejahatan hanyalah Allah yang kita sembah setiap hari.

Menentang perlaksaan hukum Allah adalah seumpama menentang peredaran bumi, bulan, matahari , siang dan malam yang ditadbir dengan hukum Allah. Maka akan hancurlah dunia ini dengan keangkuhan makhluk kerdil seperti kita ini.

Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Saudara-saudarku sekalian, kembalilah kita ke pangkal jalan sebelum terlambat, sebelum nyawa sampai ke halkum, sebelum datangnya hari Kiamat. Biar kita tiada harta, pangkat dan kedudukan kerananya tetapi kita masih ada Allah tuhan seru sekalian alam. Teruskalah perjuangan sahabatku walau di mana anda berada, jadikanlah hari raya Korban kali ini sebagai pemangkin kepada perjuangan. Sekian..

Hamba Allah Yang Fakir,
KETUA DEWAN PEMUDA PAS SRI GADING
10 ZULHIJJAH 1430 HIJRAH 27 NOVEMBER 2009

FAHAMILAH KORBAN


Oleh Pensilajaib
SEJARAH
Sejarah korban bermula daripada Nabi Ibrahim A.S sampailah menjadi syariat pada Nabi Muhammad S.A.W.

Firman Allah maksudnya: "Tatkala Ismail sudah besar, berkatalah Ibrahim kepadanya: Wahai anakku,aku bermimpi disuruh menyembelih engkau, bagaimana pendapatmu? Sahut anaknya: Wahai ayahku, perbuatlah apa yang diperintahkan tuhan itu, akan engkau dapati InsyaAllah saya adalah dari orang-orang yang sabar." (As-Saffat: 102)

HUKUM
Ada beberapa pendapat tentang hukum korban antaranya:

1- Sunat Muakkad
2- Sunat
3- Bahkan ada yang mengatakan wajib
4- Ada yang mengatakan wajib bagi yang mampu

Walaupun terdapat khilaf tentang hukumnya, namun seringan-ringan pandangan mengatakan adalah Sunat. Hukum korban pada diri Rasullah S.A.W adalah Wajib sebagaiman sabdanya yang bermaksud: "Diwajibkan kepadaku berkorban dan tidak diwajibkan atas kamu" Hadith (Riwayat Ahmad)

HAIWAN KORBAN
1- Unta yang berumur lima tahun.
2- Lembu yang berumur dua tahun.
3- Kambing yang berumur dua tahun.
4- Biri-biri yang berumur setahun atau yang telah gugur giginya setelah berumur 6 bulan.

KETERANGAN
Seekor kambing hanya dapat dijadikan korban untuk seorang manakala seekor unta atau lembu boleh dijadikan korban berkongsi untuk tujuh orang. Sebuah hadis ada menyebutkan yang bermaksud: "Kami telah menyembelih korban beserta Rasullah S.A.W di Hudaibiah unta untuk tujuh orang dan lembu untuk tujuh orang." (Riwayat Tirmizi)

SYARAT HAIWAN KORBAN
1- Tidak buta matanya walaupun sebelah.
2- tidak pincang sangat.
3- Tidak berpenyakit nyata, sehingga merosakkan dagingnya.
4- Tidak terlalu kurus.
5- Tidak pontong telinga atau ekornya.
6- Tidak berpenyakit kulit seperti kurap.
7- Tidak sedang mengandung atau baru melahirkan.

Kata Sayidina Ali: "Binatang korban yang patah tanduknya tidak mengapa untuk dijadikan
korban."

WAKTU MENYEMBELIH

-Pada 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhuijjah.
- Mulai masuk waktu menyembelihnya ialah pada waktu pagi 10 Zulhijjah sesudah berlalu masa dapat mengerjakan sembahyang Hari Raya (Idul Adha) dan membaca dua khutbah dari terbit matahari.
Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "Jangan menyembelih seorang kamu (akan korban) sehingga selesai sembahyang." (Riwayat Tirmizi)

Makruh pula menyembelih haiwan korban pada malam hari.

SUNAT MENYEMBELIH KORBAN
1- Orang yang berkorban sendiri menyembelih korbannya. Jika diwakilkan menyembelih, sunat ia hadir ketika menyembelih itu.
2- Menghadapkannya ke kiblat (binatang yang disembelih dan sunat juga menghadap kiblat orang yang menyembelih).
3- Membaca Bismillah, berselawat kepada Nabi dan bertakbir (Allahu Akbar).
4- Mendoakan agar korban diterima Allah.

Seperti maksudnya: "Ya Allah, korban ini adalah kurnia dariMU, maka terimalah dariku."

Nabi juga berdoa ketika menyembelih korban yang maksudnya: "Ya Allah, terimalah korban dari Muhammad, dari keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PENYERAHAN DAGING KORBAN
1- Korban Wajib
Korban wajib iaitu korban yang dinazarkan.
Wajib disedekahkan daging, kulit dan tanduknya semuanya sebelum dimasak. Orang yang berkorban dan orang-orang yang dibelanjainya turut haram memakan dagingnya.

2- Korban Sunat
Dagingnya yang belum dimasak wajib disedekahkan sebahagiannya kepada fakir miskin. Orang yang berkorban sunat memakan sedikit daging korbannya.

Haram menjual daging, bulu dan kulit binatang korban. Haram juga memberikannya sebagai upah orang yang menyembelih walaupun pada korban sunat.

Rabu, 25 November 2009

Datuk Osman Sapian - Adun Kempas diserang "stroke"


YB Datuk Osman Sapian - Adun Kempas telah diserang "stroke" dan sedang dirawat di Hospital Pakar Damansara. Beliau telah dihantar ke Hospital Ampang Puteri pada hari sabtu lepas dan kemudiannya telah dihantar ke Hospital Pakar Damansara kerana masalah jantung. Pembedahan akan dibuat dalam masa terdekat.


Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading mendoakan agar beliau cepat sembut dan kembali bertugas dengan penuh tanggungjawab.


- khairulrijal.wordpress.com mewakili pihak lajnah IT dan semua warga kerja DPPKSG.

Konvensyen Blogger PAS 2009

Tarikh : 20 Disember 2009 (Ahad)
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar
Masa : 8.00 pagi-2.00 petang
Pendaftaran:RM10.00

 

Peserta

1. Blogger PAS dan Blogger penyokong PAS (atas jemputan dan daftar melalui email).

2. Ahli Jawatankuasa Penerangan Pas Pusat

3. Ketua dan Setiausaha Penerangan Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Pas Pusat

4. Pengerusi IT Dewan Ulamak, Dewan Pemuda Pas Pusat, Dewan Muslimat Pas Pusat.

5. Ketua Penerangan dan Setiausah Penerangan negeri-negeri.

6. Pengerusi IT Negeri-negeri.

7.Ketua Penerangan dan Setiausaha Pas Kawasan-Kawasan

8. Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Dewan Ulamak,Dewan Pemuda, Dewan Muslimat Negeri-Negeri

9.Ketua/Setiausaha Lajnah Penerangan Kawasan-Kawasan

Sumber :

Ust Idris Ahmad (Ketua Penerangan Pas Pusat)

http://idrisahmad.wordpress.com/

Selasa, 24 November 2009

MANUSIA PRIMITIF ABAD KE 17

Primitif..


Oleh Pensilajaib
Terkadang hairan melihat 'peel' atau kelakuan segelintir manusia zaman siber, zaman dunia di hujung jari, "zaman Face Book", rupanya ada lagi yang berfikiran kolot, zaman batu, zaman purba, atau apa-apa sajalah kita nak bagi gelaran atau anugerah yang sesuai untuk manusia seperti ini..

Zaman ini bukan zaman Hang tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, siapa yang kuat dialah yang berkuasa. Tapi ini zaman Dato' Najib, zaman "One Malaysia" zaman manusia hidup dengan hujah, hidup dengan fakta, hidup dengan segala macam maklumat dan informasi..

Kalau zaman "Islam Hadhari" (yang dah bangkrap) ada pemimpin muda mereka kata kepada orang atau kumpulan yang suka berdemontrasi sebagai : "Beruk-beruk jalanan" apa agaknya yang patut kita kata kepada manusia yang berpolitik cara gangster, cara samseng, kongsi gelap, tak bertamadun. Haprak....

Kita semacam tak percaya.., ada lagi manusia di Parlimen Sri Gading ini yang berperangai macam ini. Ingat.... di Sri Gading inilah pusat berkembangannya ilmu... Di sinilah terdapat berpuluh Sekolah rendah, Sekolah Menengah, Sekolah Agama Johor.

Di sinilah juga terletaknya sekolah Rendah Satu Sessi Parit Raja (cadangan), Sekolah Menengah Agama Arab Parit Raja, Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Maktab Perguruan Batu Pahat, Institiut Kemahiran Tinggi Mara Parit Raja dan lebih hebat lagi di pekan Parit Raja inilah terletaknya Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). "Jangan bikin malu dengan budak-budak sekolahlah..."

Kita bangga kerana dapat hantar seorang wakil ke Parlimen yang sangat lantang bersuara.., hatta Dato' Najib pun kalau boleh nak disanggah.. Kalau setakat Koh Tsu Kun, boleh jalan..lah..

Tapi malang, di sinilah orang politik masih takut dengan poster, masih takut dengan risalah, masih takut dengan kain rentang.. Takut... takut... takut... Lihatlah gambar di atas, saya ambil dari persimpangan 'trafic light' pekan Parit Raja. Terlalu kerap poster, kain rentang ditutup atau dibuang terus...,tapi kali ini nampaknya mereka tak 'cukup puas' dengan hanya membuang kain rentang. Mereka akan rasa"cukup puas" bila dapat pamerkan 'kebrutalan', kebiadapan dan dapat sakitkan hati pemimpin dan penyokong-penyokong PAS, PKR dan DAP.

Nampaknya nyatalah hari ini "beruk-beruk" lebih mulia dari mereka. Benarlah kata nabi : " Manusia itu mengikut agama (cara hidup) pemimpin mereka". Saya tak tuduh sesiapa..., tapi bak kata pepatah :"Siapa makan cili dia akan terasa pedas".

JIHAD...



Oleh Pensilajaib

Firman Allah: "Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan.(Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim.

Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua mejadi saksi atas segenap manusia,maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah.

Dia adalah pelindungmu, maka dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong." (Ayat: 78 Surah Al-Hajj )

Isnin, 23 November 2009

Saman Utusan M dan NST!

khairulrijal.wordpress
1. Hari ini, Utusan M ada menyebutkan tentang isu Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman perlu lepas jawatan.

2. Tajuk tentunya bersifat provocator, “Menantu Nik Aziz diarah letak jawatan” – 24 Nov. Lihat semalam, antara tajuk utama “Nik Aziz tidak akan terima” – 23 Nov. “Husam letak jawatan?”-21 Nov. Sasarannya – Husam dan Tuan Guru.

3. Ketika mengulas isu Ariffahmi hari ini, kenyataan berikut diselitkan oleh Utusan M sini;

“Malah kelmarin, timbul spekulasi Husam akan meletakkan kesemua jawatannya dalam parti dan kerajaan negeri berpunca daripada kemelut dalaman PMBK kerana pihak tertentu mendakwa beliau adalah dalang di sebalik masalah tersebut..”

4. Sebelum itu, NST – “They go or I’ll quit”- 23 Nov tajuk mengulas isu Husam. Hari ini, tuan empunya diri menyimpulkan di sini;

“Sesuatu yang salah yang berulang-ulang memerlukan didikan berterusan dan pertahanan diri bagi mangsa yang lemah seperti saya hanyalah mahkamah. Apa lagi, kalau NST ada motif dan agendanya dan sanggup menanggung risiko dengan cuba mengeruhkan air untuk menangkuk debu dan pasir kalau pun tidak ikan yang enak dagingnya.”

Kenapa beriya-riya mereka menegakkan benang yang basah? apakah disangka MP Pas mudah benar mati perjuangannya? atau kerana “mengelak” serangan Husam ke atas MP BN tentang tajaan ke Taiwan pada 16 Nov lalu? klik di sini. Atau ia suatu agenda terancang menjatuhkan kredibiliti ‘gergasi’ setiap negeri Pakatan Rakyat. Bermula dengan Nizar, kemudian Khalid,Hassan Ali dan terkini Husam.

Benar bagai dikata, dunia akhir zaman, fitnah seperti buih dilaut.. Saya mencadangkan MP Pakatan Rakyat tidak memandang enteng ‘fitnah’ yang ditaburkan ke atas mereka. Tuan Guru Hadi Awang mengalami nasib yang sama ketika mentadbir Terengganu, mungkin antara faktor penyumbang kejatuhan Terengganu 2004. Ambillah tindakan sewajarnya, fitnah yang berleluasa bukan sahaja menjejaskan parti tetapi juga maruah sebagi manusia. Saman Utusan M dan NST!

ZIKRULLAH...


SUATU PENYESALAN
"Tidaklah suatu kaum yang duduk suatu tempat yang mereka tidak berzikir kepada Allah padanya, dan tidak berselawat kepada Nabi-Nya kecuali akan menjadi kekurangan besar dan penyesalan bagi mereka.
Maka, jika Allah menghendaki ia mengazabnya dan jika menghendaki maka ia mengampuninya."
(Ditakhrij Oleh At-Tirmizi 3401)

MENANTU TUAN GURU NIK LETAK JAWATAN

Malaysiakini
Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), terus menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.Abdul Ariffahmi, yang juga seorang exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini selepas didesak oleh barisan pemimpin kanan parti pagi ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini. Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.Sementara itu, menurut media rasmi PAS, Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar ingin "menasihati" menantunya agar melepaskan jawatan tersebut.

Persetujuan itu dilaporkan diumumkan Nik Abdul Aziz pada satu sidang media - yang disertai oleh Abdul Ariffahmi - selepas pertemuan dengan pemimpin atasan PAS di kediaman rasmi menteri besar 10 pagi tadi.

Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din, Naib Presidennya Salahuddin Ayub dan Bendahari Agung Dr Hatta Ramli, laor Harakahdaily.net."Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Abdul Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan," laporan akhbar web itu dipetik.

Agensi berita Bernama pula melaporkan Nik Abdul Aziz mengarahkan menantunya itu berbuat demikian demi "menjaga nama baik kepimpinan Islam khususnya PAS.""Nasihat kepada saya supaya menantu saya mengundur diri."Dulu masa saya lantik beliau, ada penasihat undang-undang, beliau tidak komen apa. Jadi saya lantik.

Nanti untuk elak fitnah melalui bermacam saluran seperti surat layang jadi tidak mahu fitnah ini berkembang," beliau dipetik berkata selepas pertemuan itu di Kota Bharu.Pada 11 Nov lalu, Syed Azidi yang lebih kenali dengan nama blog nya Kickdefella berkata beliau, sebagai bekas pegawai perhubungan awam PMBK, bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku dalam perbadanan itu.

Menurut agensi berita itu lagi, pada sidang media sama, Abdul Ariffahmi berkata beliau menerima arahan dan akan meletakkan jawatannya setelah mengira baki cuti yang tinggal dalam PMBK."Saya ingin menyatakan saya dapat terima keputusan ini dengan hati yang lapang dan keputusan ini dibuat untuk menjaga nama baik kepimpinan Islam, kepimpanan PAS Kelantan dan parti.

"Terima kasih kerana saya diberi kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) selama lapan tahun di PMBK dan jawatan terakhir saya adalah ketua pegawai eksekutif," beliau dilaporkan berkata.

Wakil rombongan pemimpin PAS pula, Sallahuddin, berkata beliau menyifatkan keputusan Nik Abdul Aziz sebagai bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan PAS dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan dirinya demi perjuangan Islam dan parti.

KEAMPUNAN ILAHI...


Oleh Pensilajaib
DI ANTARA DOA NABI DALAM RUKUK DAN SUJUD:
"(Ya Allah aku memuji-Mu) dengan pujian sepenuh langit dan bumi serta apa yang ada di antara kedua-duanya, (pujian) sepenuh apa yang engkau kehendaki selepas itu.

Ya Allah, sucikanlah aku dengan salji, embun dan air yang sejuk. Ya Allah, bersihkanlah aku dari dosa-dosa dan sucikanlah aku darinya sebagaimana disucikannya baju yang putih dari kotoran."

Ditakhrij oleh Muslim (476) dan Ahmad (18639)

Ahad, 22 November 2009

SAMBUTAN 20 TAHUN PASTI NEGERI JOHOR

Antara pimpinan yang turut hadir...

Perbarisan kontijen..

Rangilah adik-adik ni...

Pertandingan pameran dari PASTI kawasan..

Cikgu Kamsiah peneriam Anugerah Tokoh Guru 20 Tahun dan En Mohd Taufik Pengerusi Alumni pertama PASTI Negeri...

Antara guru-guru yang terlibat...

Pertandingan mewarna..

Oleh Pensilajaib
PASIR GUDANG 22 November 2009 - PASTI ( Pusat Asuhan Tunas Islam ) Negeri Johor semalam telah mengadakan sambutan 20 tahun penubuhannya. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang.

Ketua Pemuda PAS Negeri Johor En. Khairul Faizi b. Ahmad Kamil telah memberikan ucapan seterusnya merasmikan sambutan ini.Guru-guru dan pelajar-pelajar PASTI seluruh negeri Johor telah menyertai program sehari suntuk ini. Di antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah Pengarah PASTI Negeri Johor En. Mohd Faizul bin Mohd Salleh, Exco DPPNJ En. Mohzit bin. Mohit, En. Mahadzir bin. Md Zili selaku setiausaha PASTI Negeri Johor, Puan Siti Sarah bt. Hj Alias merupakan Pengerusi Majlis Guru Pasti Negeri Johor serta beberapa pimpinan Pemuda, PASTI dan MGP Negeri Johor.

Di antara program-program yang dijalankan pada sebelah pagi ialah pertandingan perbarisan kontijen pelajar-pelajar dari PASTI seluruh Negeri Johor, sukaneka kanak-kanak dan ibubapa juga pertandingan mewarna bagi kanak-kanak. Pada sebelah petang pula majlis diserikan dengan penyampaian hadiah pada pertandingan yang telah dijalankan pada sebelah pagi.
Pada tahun 2009 ini PASTI Negeri Johor yang mencapai usia 20 tahun telah melancarkan Alumni PASTI Negeri dan memilih En. Mohd Taufik bin Mohd Zainuddin sebagai pengerusinya yang pertama. Beliau merupakan bekas pelajar PASTI dari kawasan Kluang dan sekarang berusia 24 tahun. Sekarang sebagai seorang Kontraktor, menuntut di PASTI kawasan Kluang sejak berusia 4 tahun hingga 6 tahun, melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Maahad Tahfiz Rusila seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Diploma Binaan Bangunan.

Puan Kamsiah binti Hassan yang merupakan Timbalan Pengerusi MGP Negeri telah terpilih sebagai Tokoh Guru 20 tahun. Beliau adalah seorang guru dari PASTI kawasan Kluang juga merupakan bekas guru kepada Pengerusi Alumnai PASTI Negeri En. Mohd Taufik bin Mohd Zainuddin.

INGATLAH ALLAH...


Allah berfirman (dalam Hadis Qudsi):
"Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepada-ku, dan Aku bersamanya jika ia mengingati-Ku, jika ia mengingati-Ku dalam dirinya maka aku akan mengingatinya dalam diriKu, jika ia mengingati-Ku dalam sekumpulan orang maka Aku akan mengingatnya dalam kumpulan yang lebih baik daripada mereka,

jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal maka Aku akan mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta maka Aku akan mendekat kepadanya sedepa, jika ia mendatangi Aku dengan berjalan maka Aku akan mendatanginya berlari."

Jumaat, 20 November 2009

AMALAN YANG DISUKAI ALLAH

Ibnu Mas'ud r.a berkata: "Aku bertanya kepada Rasullah s.a.w: "Amalan apakah yang paling disukai Allah?" Baginda menjawab: "Sembahyang pada waktunya." Aku bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab:
"Berbakti kepada kedua ibubapa."

Aku bertanya lagi: "Kemudian apa?" Baginda menjawab: "Berjihad di jalan Allah."

Khamis, 19 November 2009

TUTUPLAH AURATMU

tudung ok dah... lipstik tu...
ewa..ewa.. mengoda nampak...

Oleh Pensilajaib
AURAT
Firman Allah: "Wahai anak Adam, telah kami turunkan pakaian bagi kamu untuk menutup auratmu dan sebagai perhiasaan."
(Surah Al-A'raf: 26)
BERPAKAIAN TETAPI TELANJANG
Sabda Nabi: "Sesungguhnya, sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang dan condong kepada maksiat dan menarik orng lain melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk surga dan tidak akan mencium baunya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
PAKAIAN MENJOLOK MATA
Sabda Nabi: "Barangsiapa yang memakai pakaian yang menjolok mata, maka Allah S.W.T akan memberikan pakaian kehinaan dihari Akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'ai dan Ibn Majjah)

2 HARI TIADA AIR


Oleh Pensilajaib
JUMAAT 20 November 2009 - Penduduk di sekitar Yong Peng, Batu Pahat dan Plentong Johor Baharu dinasihatkan menyimpan air secukupnya pada hari ini dan esok kerana akan berlaku ganguan bekalan air dalam tempoh berkenaan.

Ketua Komunikasi Korporat SAJ Holding Sdn Bhd, Jamaluddin Jamil, berkata pengguna di Batu Pahat dan yong Peng dinasihatkan berbuat demikian berikutan kerja penyenggaraan TNB di Loji Air 2 dan 3 Yong Peng bermula jam 3 petang hingga 9 malam Jumaat.

Kawasan yang dijangka terbabit ialah seluruh Yong Peng, Kangkar Baru dan Tanjung Semberong, seluruh Air Hitam , Felda Air Hitam, Jalan Kluang hingga Parit Hamid, seluruh Parit Yaani, Jalan Sri Bengkal, seluruh Sri medan, Parit Sulong, Tongkang Pecah, Jalan Parit Jalil, seluruh kawasan industri Sri Sulong dan Taman Sri Sulong.

Plentong pula akan mengalami ganguan bekalan air berikutan kerja pengalihan paip di Simpang Taman Molek dari jam 10 pagi hingga 10 malam Sabtu ini.

Kawasan terjejas ialah Taman Perindustrian Plentong, Kampung Sri Makmur dan Flet Rumah Awam, Pasaraya Giant, Tesco Xtra, Jalan Masai Lama, Berkeley Court Apartment, Prima Regency Service Apartment Hotel Dorsett, Taman Molek, Taman Redang dan Taman Panderosa.

Selain itu Taman Desa Harmoni, Kampung Rumah 10, Kampung Bahagia, Kampung Plentong Tengah, Gerai MPJB Laman Tasek, Taman Saujana dan Kampung Desa perwira.

Sebarang masaalah sila hubungi Pusat Maklumat SAJ di talian bebas tol 1800-88-7474 atau SMS ke 019-77277474 atau emailkan ke customer.care@saj.com.my.

Rabu, 18 November 2009

CERAMAH PERDANA


CERMAH PERDANA

- Pilihan raya kecil Kota Siputeh, BN akan rebah?
- BN gegar PAS, MCA yang berpecah.
Bersama:
UST ABU BAKAR CHIK (Ajk Pas Pusat) &
sDR. JAMALUDDIN HUSIN (Ketua Penerangan PAS Sri Gading)

Tarikh:
22 NOVEMBER 2009 (Ahad mlm Isnin)

Masa:
JAM 9.00 MALAM

Tempat:
DI MARKAS PAS KG. BARU SRI GADING.

Anda semua dipersilakan hadir.......

RAHMAT ALLAH YANG JARANG KITA INSAFI

Dengan izin Allah kapal besar ini terapung dan belayar...

Oleh Pensilajaib
Firman Allah: "Apakah kamu tidak melihat bahawasanya Allah menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang belayar di lautan dengan perintahNya.

Dan dia menahan (benda-benda) langit jatuh ke bumi, melainkan dengan izinNya? sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia.

Dan Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian mematikan kamu, kemudian menghidupkan kamu (lagi), sesungguhnya manusia itu, benar-benar sangat meingangkari nikmat."

(Ayat 65 & 66 surah Al Hajj)

KETUA PEMUDA DAN KETUA WANITA MCA DIPECAT

Datuk Wee Ka Siong dan Datin Seri Chew Mei Fun mengalirkan
air mata menahan sebak.

Oleh Pensilajaib
MCA 18 November 2009 - Krisis dalaman MCA yang tercetus sejak sebelum pemecatan Dato' Chua Soi Lek nampaknya tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda. Walaupun plan damai telah dibentuk tetapi ianya tidak mampu untuk melenyapkan krisis yang kian membarah.

Hari ini MCA telah melakar satu sejarah hitam di sepanjang penubuhannya sejak 60 tahun yang lalu. Parti tertua bagi kaum Cina itu telah memecat ketua pemudanya Datuk Wee Ka Siong yang juga merupakan ahli parlimen Air Hitam (bersempadan dengan parlimen Sri Gading) dan dalam masa yang sama turut memecat ketua wanitanya Datin Paduka Chew Mei Fun dari menduduki jawatan sebagai ahli majlis presiden.

Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat jawatan pusat (cc) MCA hari ini. Tujuh orang lagi yang menjadi penyokong Datuk Seri Liaw Tiong Lai turut mendapat nasib yang sama.

Mesyuarat jawatankuasa itu juga turut membuat undian menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang dijadual berlangsung 28 November ini. 20 anggota cc menolak 10 menyokong dan 2 berkecuali.

Pertikian kali ini dijangka akan menjadi lebih rumit. Kumpulan yang tersingkir sudah pasti tidak akan berdiam diri. Ketua wanitanya dalam satu sidang media hari ini menyeru semua perwakilan untuk hadir dalam EGM 28 November ini bagi memastikan demokrasi dalam MCA terus subur. Samalah kita lihat episod seterusnya...

Selasa, 17 November 2009

SEPOTONG HADIS UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Oleh Pensilajaib
Maksudnya: "Ingatlah sesungguhnya roda kitaran Islam ini akan berpusing. Berpusinglah kamu bersama-sama dengan Islam.

Ingatlah sesungguhnya kitab Al-Quran dan orang-orang yang berkuasa akan bertelingkah.Maka jadilah kamu bersama-sama dengan kitab (Al-Quran).

Ingatlah akan ada dikalangan kamu umara' (pemimpim-pemimpin, raja-raja, ketua-ketua) yang beramal untuk mereka bukannya untuk kamu.Kalau kamu taatkan mereka, mereka akan menyesatkan kamu. Kalau kamu melawan mereka, mereka akan membunuh kamu.

Sahabat bertanya: "Apakah yang patut kami lakukan wahai Rasulullah, jika kami bertemu dengan masa seperti itu?"

Sabda Rasulullah saw: "Jadilah kamu seperti sahabat-sahabat Nabi Isa a.s, dibelah kepala dan jasad mereka dengan gergaji-gergaji dan disula mereka pada kayu-kayu.

Mati dalam keadaan taat kepada Allah lebih baik daripada hidup dalam keadaan derhaka kepada Allah," (Riwayat At-Thobrani).


MAJLIS PENERANGAN DAN PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA DUN PARIT YAANI


MAJLIS PENERANGAN DAN
PELANCARAN JENTERA PILIHANRAYA DUN PARIT YAANI

TARKIH:
21 -11-09 (Sabtu Malam Ahad)

MASA:
Jam 9.00 Malam

TEMPAT:
Markas PAS Kg. Parit Besar, Jalan Kluang.

Dilancarkan Oleh:
SDR. KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL (Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor)

Pemimpin PAS, penyokong dan semua peminat dijemput hadir....

Isnin, 16 November 2009

MAHKAMAH ARAH SPR ADAKAN PILIHANRAYA KECIL DUN KOTA SIPUTEH

Dato' Abu Hasan Sarif bekas Adun Kota Siputeh
Pecahan pengundi mengikut kaum (Malaysiakini)

Petikkan dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 16 Nov: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil untuk Dun Kota Seputeh Kedah.
Arahan itu dibuat oleh hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin siang tadi.

Menurut hakim itu, Suruhanjaya Pilihan Raya telah melanggar sempadan kuasanya apabila menolak permohonan Speaker Dun Kedah agar diadakan pilihan raya semula di situ.Menurut beliau, peguam plaintif (Speaker Dun Kedah) telah berjaya membuktikan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif, Adun Kota Seputeh telah tidak hadir dua kali sidang berturut-turut tanpa kebenaran Speaker.

Ini bermakna, mahkamah bersetuju dengan keputusan Speaker Dun Kedah, yang memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hasan (gambar) hadir dua kali berturut-turut ke sidangnya.Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan 16 Ogos lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.
Ulasan:
Sekiranya BN gagal mendapatkan injunksi daripada mahkamah rayuan untuk menghalang keputusan mahklamah tinggi dan pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh terpaksa diadakan, PAS mestilah:
1.Memastikan gelombang kemenangan PRK Bagan Pinang dihentikan.
2.Memenangi PRK di DUN ini atau memenanginya dengan majoriti lebih besar dari yang diperoleh BN sebelum ini untuk membuktikan bahawa segala isu-isu yang terpalit kepada PAS selama ini adalah semata-mata sesuatu yang diperbesar-besarkan oleh media BN.

HUJAN BERTERUSAN DI SRI GADING

Hujan renyai-renyai berterusan sejak jam 3petang tadi. Awan gelap bila-bila masa saja akan mencurahkan air semau-maunya...

Paras air sungai sepanjang jalan Parit Botak hingga ke Parit Hamid
dijangka akan melimpah
kiranya hujan lebat berterusan dalam masa 24 jam ini...

Oleh Pensilajaib
SRI GADING 4.51 petang 16 November - Nampaknya hujan yang turun hampir di setiap petang di Parlimen Sri Gading telah membuatkan paras air sungai di sana-sini dalam kawasan ini mula meningkat. Saya masih teringkan peristiwa banjir beberapa tahun yang lalu, apabila suasana yang hampir sama berlaku.

Sebelum banjir berlaku, hujan turun beberapa hari sebelumnya hampir di setiap petang kemudian disusuli oleh hujan lebat terus menerus lebih kurang 48jam maka tenggelamlah hampir sebahagian besar muka bumi di kawasan ini.

Adakah fenomena ini akan berulang.? hanya Allah sahaja yang tahu. Sehubungan dengan itu Ketua Dewan Pemuda PAS Sri Gading meminta semua Ajk DPPSG dan sukarelawan-sukarelawan parti seluruhnya bersiap sedia untuk dikerah bila-bila masa bagi menghadapi suasana ini.

Ahad, 15 November 2009

OBAMA HARGAI SUMBANGAN MALAYSIA KEKALKAN KEAMANAN SERANTAU: NAJIB

Wajah seribu makna..

Ini betul-betul...... bukan cubaan....

Oleh Pensilajaib
Dipetik dari sebuah akhbar tempatan
SINGAPURA: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama, hari ini menyatakan penghargaan besar negaranya terhadap sumbangan Malaysia selama ini dalam memelihara keamanan dan keselamatan serantau.

Obama menyebut peranan yang dimainkan oleh Malaysia dalam menangani keganasan, sebagai orang tengah dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina, menjaga keselamatan Selat Melaka dan membanteras penyeludupan manusia ke negara ketiga dalam mesyuarat antara Asean dan AS di Hotel Shangri-La di sini.

Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat itu yang diadakan Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi Asia Pasifik (AELM) di Istana.

Ulasan:
Kita sedang menunggu reaksi kerajaan Mongolia adakah mereka juga turut memberi penghargaan yang sama..? Sama-sama kita nantikan..

Sabtu, 14 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Sri Gading bermula

Pelajar-pelajar PASTI sedang membuat persembahan..

Pengerusi PASTI kawasan En. Mahadzir Mat Zili sedang menyampaikan ucapan..

Antara pameran yang dibuat sempena Ulangtahun Pasti yang ke 20 - Membina Generasi Al-Quran


Updated jam 3.10 petang : Ucap utama merangkap perasmian majlis sesi ke-II oleh Saudara Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua Pemuda DPPNJ)

Unit AMAL Sri Gading senantiasa menjadi "tulang belakang" setiap program Parti.






Pemandangan Dewan Cina Parit Raja dimana Majlis Anugerah ini berlangsung



Antara Tunggak utama Pas Sri Gading, Tn Hj Sakib senantiasa berada di mana jua program pasti dijalankan.


Up-dated Jam 10.45 pagi : Ust Rizal dan penulis (tiada di gambar) antara yang bertugas untuk Pendaftaran PASTI secara On-line.

Updated Jam 10.00 pagi - Kehadiran Ibubapa dan pelawat amat luar biasa menyebabkan ada pengunjung yang terpaksa berdiri bagi menyaksikan aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan.

Updated - jam 9.51 pagi Kelihatan para ibu yang memberi perhatian penuh kepada persembahan yang sedang dijalankan oleh anak-anak PASTI sekitar Sri Gading

Turut dibuka Kaunter SPR untuk membolehkan para pengunjung mendaftar sebagai pengundi di Kawasan Sri Gading.
Updated 9.40 pagi : Kelihatan anak-anak PASTI yang akan menerima sijil pentaulihan selaku generasi ke 25 tahun semenjak PASTI mula bertapak di Malaysia.

Updated 9.35 pagi : Permandangan dari luar dewan Cina Kawasan Parit Raja tempat penganugerahan sedang berlangsung.