Khamis, 31 Disember 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU OLEH KETUA DEWAN PEMUDA PAS SRI GADING


Oleh Pensilajaib
Assalamualaikum w.b.t. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w Nabi dan Rasul akhir zaman, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Marilah kita memanjatkan rasa syukur kita kehadrat Allah tuhan seru sekalian alam kerana telah memberi kita nikmat iman dan islam. Bersyukur kita juga kepada-Nya yang turut memberi peluang berpanjangan menyambung usia kita sampai ke tahun baru pada hari ini.

Hari ini adalah permulaan tahun baru 2010, tahun yang penuh dengan cabaran, penuh rintangan, penuh dengan segala macam dugaan dan ujian. Tahun yang memaksa kita menjadi warganegara yang bijak membuat sesuatu keputusan, bijak berfikir, bijak menilai dan seharusnya bijak segala-galanya.

Tahun 2009 telah pun berlalu dengan begitu pantas, terlalu banyak perkara besar telah pun berlaku, kepincangan politik telah ditonjol begitu menyerlah, kerakusan pemimpin BN tidak dapat disangkal, perpecahan dalam parti kompenan BN tak dapat dirahsiakan lagi, kenaikan harga barangan keperluan harian menambah derita Rakyat, penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan oleh pihak berkenaan semakin bermaharajalela, PDRM, SPR, SPRM, dan banyak lagi agesi kerajaan sudah menjadi kuda tungangan pihak berkenaan.

Sedarlah wahai...!! rakyat Malaysia... dimanakah kebijakkan dan kecerdikkan yang Allah telah kurniakan kepada kita... pergunakanlah... Lihatlah... pandanglah... dengarlah...!! dengan jiwa yang suci murni berbekal petunjuk Ilahi.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ya, benar.. itulah slogan paling manis yang sering didendang di telinga kita. Jangan jadi manusia yang mudah ditipu untuk selama-lamanya.. Bila harga barang naik tentulah rakyat marhain terasa 'dahulu', bila enjin jet bernilai ratusan juta hilang tentulah mereka telah mencapai sesuatu yang diutamakan..

Cukuplah..., marilah kita mengorak langkah di tahun baru ini untuk menyematkan azam bagi merubah lanskap politik yang semakin jijik di Malaysia ini kepada keadilan dan kemurnian Islam. Percayalah.. Saudara-saudaraku, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.." Sekian, Wassalam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan