Ahad, 27 Disember 2009

CAMPING PEMUDA GENG KITA BERJAYA!!!


DPPKSG, 10 Muharram 1431, 28 Disember 2009 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi Rabbi kerana dengan Izin-Nya dan Rahmat-Nya, perkhemahan yang dianjurkan oleh DPPKSG telah berjaya dilangsungkan dengan lancarnya.

Program perkhemahan yang diberi nama 'Camping Pemuda Geng Kita' ini telah dijalankan pada 25-27 Disember iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya yang mana antaranya adalah untuk mendedahkan konsep Islam di dalam kehidupan seharian. Walaupun dijalankan secara santai, tapi setiap aktiviti yang dijalankan penuh makna bagi setiap peserta.

Sedikit kronologi perjalanan program:
Program bermula dengan semua AJK DPPKSG dan para peserta berkumpul di kawasan Markas Pas sekitar jam 10 pagi pada hari Jumaat untuk sesi pendaftaran dan taklimat. Mula bertolak ke tapak perkhemahan pada jam 11.20 pagi setelah bacaan doa dilakukan. Pergerakan berhenti dipertengahan jalan untuk menunaikan solat Jumaat dan diikuti solat jamak Asar secara berjemaah.

Setiba di tapak perkhemahan yang dirancang - Teluk Gorek - aktiviti pertama yang dijalankan adalah dengan mengadakan pertandingan futsal. Manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Tapak perkhemahan terpaksa dipindahkan ke lokasi baru iaitu Tanjung Resang atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun atas kehendakNya (Allah SWT) yang mengatur urusan hambaNya, tapak perkhemahan yang baru ini adalah jauh lebih baik berbanding yang sebelumnya. Maka aktiviti memasang khemah dijalankan dalam keadaan gelap malam. Hikmah Allah jelas dipaparkan untuk melatih sifat sabar di kalangan para peserta. Kemudian aktiviti diteruskan dengan solat secara berjemaah, ta'aruf ringkas antara AJK DPPKSG dan para peserta serta pembahagian kumpulan bagi para peserta.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah solat secara berjemaah, kuliah agama, pertandingan futsal, explore-race, jungle tracking, memancing, bina menara pasir, peperangan bom air, persembahan berkumpulan dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda DPPKSG.

Berikut adalah antara rakaman-rakaman gambar sekitar program dijalankan.

Taklimat pergerakan disampaikan oleh Ketua Kem Komandan

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan


Aktiviti memasang khemah waktu malam.


Sesi ta'aruf oleh AJK DPPKSG dan para peserta

'Geng memasak'

Ketua 'Geng Memasak'


Pemandangan sekitar tapak khemah


Antara menara pasir yang dibina oleh para peserta

Taklimat pertandingan bom air

Agihan bom air kepada para peserta

Peperangan bom air

Tazkirah selepas solat

'Geng Memasak' sedang memanggang ikan

Aktiviti persembahan berkumpulan

Seorang peserta cuba menyelesaikan permainan yang diadakan

Penyampaian hadiah kepada para peserta


Bergambar sebelum pulang ke Parit Raja

Special shot:









Gambar selebihnya sila lihat di sini (Camping Pemuda Geng Kita).
Ataupun sila klik di ruangan Gambar Aktiviti DPPKSG di sebelah kanan blog ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan