Rabu, 2 Disember 2009

GANGUAN BEKALAN AIR..

Kerja- kerja membaiki batang paip utama di jambatan berhadapan Taman Rona..
Oleh Pensilajaib
PARIT RAJA 2 Disember 2009 8.05 Malam - Bermula jam 8.00 pagi tadi bekalan air paip ke beberapa buah kampung di sepanjang Jalan Pasar, Jalan Sekolah Arab dan Jalan Parit Raja Darat terputus.
Ini adalah akibat dari kerja-kerja membaiki paip utama air di jambatan berhadapan Taman Rona Parit Raja. Kerja -kerja membaikpulih di jangka berlarutan hingga lewat tengah malam ini.
Apa yang menghairankan kami ialah dalam tempoh kira-kira kurang 2 bulan tidak kurang dari 5 kali ganguan bekalan air berlaku di kawasan ini. Tempoh ganguan selalunya tidak kurang dari 12 jam dan ini sangat menggangu aktiviti harian penduduk setempat.
Difahamkan kejadian paip pecah sering kali berlaku di sepanjang jalan ini adalah berpunca dari pelebaran jalan yang dilakukan sehingga ketebing parit yang menempatkan paip utama. Berat kenderaan yang melalui jalan ini turut ditanggung oleh batang paip justru menyebabkan gegaran dan tekanan seterusnya menyebabkan paip pecah.
Penduduk di kawasan ini berharap pihak bertanggungjawab melakukan sesuatu yang sewajarnya supaya kejadian sama tidak berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan