Ahad, 6 Disember 2009

BERKHATAN DAN KAWIN

Oleh PakuKarat

SERI GADING : Bertempat diruang Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Sri Gading ,seawal jam 7.00 pg peserta-paserta berkhatan telah bersiap sedia dengan penuh semangat dan debaran. Bermacam2 gelagat dan riak muka yang berbeza2 dapat dilihat, ada yang tersenyum memanjang, yang tersengih2 dan tidak kurang yang sugul mengenang nasib.

Apalah nasibku .....

Ada juga yang bersuara, "Ah ! aku dah nak jadi orangbujang dah ..ha..ha.. best2".. itulah sedikit suasana yang dapat digambarkan pagi tu.

Majlis penuh santai tersebut telah dirasmikan oleh Prof. Dato' Mahfuzs Mohammad selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dengan dimeriahkan dengan kehadiran Ust. Hashim Jusoh selaku YDP PAS Kawasan. Selepas perasmian majlis tersebut, beliau meneruskan program rutin mingguan Pusat Tarbiyyah PAS Kawasan Sri Gading pada setiap pagi ahad dengan Kuliah Dhuha.

YDP Sri Gading mengiringi Pesuruhjaya PAS Johor meninjau peserta yang sedang di khatan.....

Seramai 12 peserta telah mendaftar untuk berkhatan pada kali ini, dan seorang telah menarik diri pada saat akhir yang kebetulan peserta terakhir yang akan dikhatan. "Fobia' atas jeritan-jeritan peserta terdahulu menyebabkan peseta tersebut menangguhkan hasratnya untuk berkhatan. Peserta yang berumur 9 tahun tersebut akan meneruskan niatnya pada tahun hadapan ,insyallah.

Aaaaahhhhh... Lega.. yahoooo!! aku dah bujang dah...

Sekalung tahniah diucapkan kepada Lajnah Kebajikan PAS Kawasan yang diketuai oleh En. Noorazman Hj Sakib kerana telah berjaya malaksanakan program tersebut, serta beliau berazam untuk menambahkan bilangan peserta berkhatan pada tahun2 hadapan.

Rewang amal :
Jam 10 pagi ,beberapa anggota Unit Amal DPP Sri Gading yang lengkap berpakaian "merah hati" melaksanakan tugas-tugas "rewang amal" disalah sebuah rumah ahli Amal kawasan.


Selamat pengantin baru diucapkan kepada kedua mempelai, dan tahniah diucapkan kepada seluruh anggota Amal yang bersungguh2 melaksanakan tugas untuk melancarkan program walimah tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan