Ahad, 13 Disember 2009

SYAITAN YANG MENGODA..

Oleh Pensilajaib
"Syaitan duduk menghalang anak adam dalam tiga tempat. Ia duduk menghalanginya dari masuk islam. Ia berkata: Adakah engkau mahu masuk islam dan meninggalkan agamamu dan agama datuk nenekmu? Tapi ia tidak peduli dan memeluk islam.

Kemudian syaitan duduk pula menghalanginya dari berhijrah dan berkata: adakah engkau hendak berhijrah, mana boleh, engkau meninggalkan tanah air dan langitmu? Tapi ia tidak hiraukan dan berhijrah.

Kemudian syaitan duduk pula menghalanginya dari berjihad. Ia berdalih, "Adakah engkau mahu berjihad? (Adakah patut) Engkau hendak merosakkan diri dan harta sendiri. Kelak engkau bertarung dan terbunuh, isterimu dikahwini orang dan harta-hartamu dibahagi-bahagi?

Tapi ini pun ia tak peduli dan berjihad Rasullah menyambung kata"Maka barangsiapa yang (teguh pendirian) berbuat demikian maka wajiblah Allah masukkan dia dalam syurga."

(Hadith Riwayat Nasa'i)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan