Khamis, 31 Disember 2009

PERUTUSAN TAHUN BARU OLEH KETUA DEWAN PEMUDA PAS SRI GADING


Oleh Pensilajaib
Assalamualaikum w.b.t. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad s.a.w Nabi dan Rasul akhir zaman, ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian.

Marilah kita memanjatkan rasa syukur kita kehadrat Allah tuhan seru sekalian alam kerana telah memberi kita nikmat iman dan islam. Bersyukur kita juga kepada-Nya yang turut memberi peluang berpanjangan menyambung usia kita sampai ke tahun baru pada hari ini.

Hari ini adalah permulaan tahun baru 2010, tahun yang penuh dengan cabaran, penuh rintangan, penuh dengan segala macam dugaan dan ujian. Tahun yang memaksa kita menjadi warganegara yang bijak membuat sesuatu keputusan, bijak berfikir, bijak menilai dan seharusnya bijak segala-galanya.

Tahun 2009 telah pun berlalu dengan begitu pantas, terlalu banyak perkara besar telah pun berlaku, kepincangan politik telah ditonjol begitu menyerlah, kerakusan pemimpin BN tidak dapat disangkal, perpecahan dalam parti kompenan BN tak dapat dirahsiakan lagi, kenaikan harga barangan keperluan harian menambah derita Rakyat, penyalahgunaan agensi-agensi kerajaan oleh pihak berkenaan semakin bermaharajalela, PDRM, SPR, SPRM, dan banyak lagi agesi kerajaan sudah menjadi kuda tungangan pihak berkenaan.

Sedarlah wahai...!! rakyat Malaysia... dimanakah kebijakkan dan kecerdikkan yang Allah telah kurniakan kepada kita... pergunakanlah... Lihatlah... pandanglah... dengarlah...!! dengan jiwa yang suci murni berbekal petunjuk Ilahi.

"Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ya, benar.. itulah slogan paling manis yang sering didendang di telinga kita. Jangan jadi manusia yang mudah ditipu untuk selama-lamanya.. Bila harga barang naik tentulah rakyat marhain terasa 'dahulu', bila enjin jet bernilai ratusan juta hilang tentulah mereka telah mencapai sesuatu yang diutamakan..

Cukuplah..., marilah kita mengorak langkah di tahun baru ini untuk menyematkan azam bagi merubah lanskap politik yang semakin jijik di Malaysia ini kepada keadilan dan kemurnian Islam. Percayalah.. Saudara-saudaraku, Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.." Sekian, Wassalam...

Ahad, 27 Disember 2009

CAMPING PEMUDA GENG KITA BERJAYA!!!


DPPKSG, 10 Muharram 1431, 28 Disember 2009 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi Rabbi kerana dengan Izin-Nya dan Rahmat-Nya, perkhemahan yang dianjurkan oleh DPPKSG telah berjaya dilangsungkan dengan lancarnya.

Program perkhemahan yang diberi nama 'Camping Pemuda Geng Kita' ini telah dijalankan pada 25-27 Disember iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad. Program ini telah berjaya mencapai objektifnya yang mana antaranya adalah untuk mendedahkan konsep Islam di dalam kehidupan seharian. Walaupun dijalankan secara santai, tapi setiap aktiviti yang dijalankan penuh makna bagi setiap peserta.

Sedikit kronologi perjalanan program:
Program bermula dengan semua AJK DPPKSG dan para peserta berkumpul di kawasan Markas Pas sekitar jam 10 pagi pada hari Jumaat untuk sesi pendaftaran dan taklimat. Mula bertolak ke tapak perkhemahan pada jam 11.20 pagi setelah bacaan doa dilakukan. Pergerakan berhenti dipertengahan jalan untuk menunaikan solat Jumaat dan diikuti solat jamak Asar secara berjemaah.

Setiba di tapak perkhemahan yang dirancang - Teluk Gorek - aktiviti pertama yang dijalankan adalah dengan mengadakan pertandingan futsal. Manusia hanya mampu merancang, hanya Allah yang menentukan. Tapak perkhemahan terpaksa dipindahkan ke lokasi baru iaitu Tanjung Resang atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun atas kehendakNya (Allah SWT) yang mengatur urusan hambaNya, tapak perkhemahan yang baru ini adalah jauh lebih baik berbanding yang sebelumnya. Maka aktiviti memasang khemah dijalankan dalam keadaan gelap malam. Hikmah Allah jelas dipaparkan untuk melatih sifat sabar di kalangan para peserta. Kemudian aktiviti diteruskan dengan solat secara berjemaah, ta'aruf ringkas antara AJK DPPKSG dan para peserta serta pembahagian kumpulan bagi para peserta.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah solat secara berjemaah, kuliah agama, pertandingan futsal, explore-race, jungle tracking, memancing, bina menara pasir, peperangan bom air, persembahan berkumpulan dan penyampaian hadiah oleh Ketua Pemuda DPPKSG.

Berikut adalah antara rakaman-rakaman gambar sekitar program dijalankan.

Taklimat pergerakan disampaikan oleh Ketua Kem Komandan

Bacaan doa sebelum memulakan perjalanan


Aktiviti memasang khemah waktu malam.


Sesi ta'aruf oleh AJK DPPKSG dan para peserta

'Geng memasak'

Ketua 'Geng Memasak'


Pemandangan sekitar tapak khemah


Antara menara pasir yang dibina oleh para peserta

Taklimat pertandingan bom air

Agihan bom air kepada para peserta

Peperangan bom air

Tazkirah selepas solat

'Geng Memasak' sedang memanggang ikan

Aktiviti persembahan berkumpulan

Seorang peserta cuba menyelesaikan permainan yang diadakan

Penyampaian hadiah kepada para peserta


Bergambar sebelum pulang ke Parit Raja

Special shot:









Gambar selebihnya sila lihat di sini (Camping Pemuda Geng Kita).
Ataupun sila klik di ruangan Gambar Aktiviti DPPKSG di sebelah kanan blog ini.

Selasa, 22 Disember 2009

Pidato perdana

Oleh Pensilajaib

PARIT BESAR 23 Dis 09 - Satu program Pidato perdana telah diadakan malam tadi anjuran lajnah penerangan dewan pemuda Pas Sri gading bersama Pas cawangan Parit Besar. Kerjasama penuh sebaiknya telah diberikan oleh kedua-dua pihak bagi menjayakan program penerangan ini dan lebih kurang 300 orang hadir.

Turut menyampaikan pidato malam tadi ialah Sdr. Khairul Faizi Ahmad Kamil yang merupakan ketua dewan pemuda Pas Johor dan Timbalan ketua dewan pemda Pas pusat Ust. Azman Shapawi Rani.

Fokus utama ucapan kedua-dua pemimipin ialah kupasan tentang isu-isu semasa tanahair seperti royalti kelantan, Iskandar malaysia, perpecahan tenat dalam BN, konvensyen pertama Pakatan rakyat,isu kehilangan injin jet pesawat tempur F-5E dan banyak lagi.

Ahad, 20 Disember 2009

Konvensyen Blogger 2009

Oleh Pensilajaib
KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.



Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet."Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu."Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.
Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.

Jumaat, 18 Disember 2009

Injin Jet pejuang pun kene kebas...

Oleh Pensilajaib
KUALA LUMPUR: Akibat mengejar wang jutaan ringgit, ada individu sanggup mengkhianati kedaulatan negara dengan menyeludup sebuah enjin jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke pasaran gelap.

Enjin dengan nilai pasaran sekitar RM30 juta hingga RM50 juta itu masih dalam keadaan baik, didapati hilang ketika dalam simpanan di Gudang Material Udara I (Matra I), Pangkalan Udara Sungai Besi di sini, akhir tahun lalu.

Ketika kejadian, enjin milik sebuah pesawat F-5E milik 12 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth disimpan sementara di gudang berkenaan sementara menunggu dihantar untuk kerja penyelenggaraan kepada kontraktor.

Bagaimanapun, anggota TUDM yang ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap enjin yang disimpan dalam kontena itu terkejut mendapati muatan bernilai puluhan juta ringgit itu lesap, sekali gus berjaya melepasi kawalan keselamatan ketat di pangkalan udara berkenaan.
(Sedutan dari Harian Metro)

ULASAN
Kalau di kampung kita "biasa dengar" motosikal hilang. Jenama motosikal yang biasa hilang pun tertentu kategori "kapcai" seperti Honda Ex-5, Wave100, Wave 125 dan lain-lain.

Pencuri biasanya budak-budaklah.... kekadang mereka pun takut nak guna motosikal curi ni, dan langkah paling selamat ialah buang rangka dalam sungai dan injin sahaja yang mereka guna dengan membuang nombor penndaftaran injin.

Tapi kalau injin Jet pun hilang... susahlah nak cakap... taklah budak-budak kampung yang curi...nak buat apa pulak...nak pasang kat moto kapcai kot..kalau nak jual, jual kat mana pulak...

Kalau pemimpin tertinggi curi royaliti minyak Kelantan, setakat curi injin Jet ape nak heran... bak kata pepatah "bapak borek anak rintik"..

Konvensyen blogger PAS 2009

Konvensyen Pakatan Rakyat


19 Disember 09 - Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yagn menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.

Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.

Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.
Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.

Agihan ekonomi negeriDi peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.
Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.

Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.
Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.
-MALAYSIAKINI

Balasan tinggalkan solat...

Oleh Pensilajaib
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak.
Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.

Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular,
“Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Khamis, 17 Disember 2009

Forum Perdana Ehwal Islam


Antara pemforum yang berjaya menghidupkan suasana Forum bertajuk "Maal Hijrah dari sudut Haraki"

Kenapa batalkan kredit kad?? Ask Najib





Oleh: Kakashi Sensei

Sejak belanjawan 2010 diumumkan, ramai yang mula membatalkan beberapa kad kredit yang dimiliki. Agaknya berang dengan perlaksanaan caj kad kredit tahun depan, salah seorang pengguna kad kredit meletakkan alasan yang jujur dalam borang pembatalan kad kredit. hehe.. memang jujur.

Rabu, 16 Disember 2009

PAS makin diterima...


Oleh Pensilajaib
PARIT RAJA 17 Disember 2009 - Cuba anda perhatikan betul-betul apa yang menarik pada gambar di atas..? Sebenarnya gambar di atas saya ambil di persimpangan jalan kampung Parit Raja Darat/Parit Botak. Sekali pandang mungkin kita tak nampak apa yang menarik, tapi kalau anda seorang yang bersikap teliti dalam satu-satu hal, tentu anda dah dapat buat kesimpulan awal tentang pemandangan ini.

Di antara kesimpulan awal yang dapat kita buat ialah PAS sudah mula diterima oleh semua pihak, sehingga pihak kerajaan negeri Johor pun sudah tidak "kekok" untuk turut sama meletakkan kain rentang di 'premis' kepunyaan PAS cawangan Parit Raja Darat.

Kain rentang ini berbunyi: "Program Kesedaran Alam Sekitar Negeri Johor Peringkat Parlimen Sri Gading" yang akan berlangsung pada 19 dan 20 Disember ini manakala perasmiannya akan disempurnakan oleh YB. Datuk Mohammad Aziz ahli parliman Sri Gading .

Bukan itu sahaja malah pihak kementerian pendidikan Malaysia pun turut sama mengambil manafaat daripada ruang iklan percuma yang disediakan oleh PAS cawanagn ini dengan meletakkan kain rentang "Permohonan Ke Sekolah Menengah Teknik 2010". Syabas...!!! kepada PAS cawangan Parit Raja Darat. Moga usaha murni ini diteruskan...

Bung Moktar kahwini Zizie Ezette..?

OlehPensilajaib
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini menafikan bahawa beliau akan berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air, Zizie Ezette.
"Saya tidak cukup kacak untuk beliau," kata wakil rakyat BN itu ketika dihubungi melalui telefon selepas wakil media gagal menjejakinya di bangunan Parlimen.Desas-desus yang mengatakan Bung Moktar, 50, akan berkahwin dengan Zizie, 31, (kanan) merebak dengan pantas di Parlimen sejak pelakon itu membuat pengakuan dilamar seorang ahli parlimen dari Sabah baru-baru ini.
Sebelum itu, Bung Moktar telah berjanji untuk datang ke bangunan Parlimen untuk berjumpa dengan beberapa wakil media yang ingin mendapatkan kepastian mengenai hubungan beliau dan Zizie.Bagaimanapun, wakil media kemudiannya dimaklumkan melalui SMS bahawa beliausibuk dan terpaksa menghadiri satu mesyuarat hari ini.
"Sorry, there is no kahwin kahwin kahwin, hahahaha," katanya dalam satu lagi SMS kepada media.Ditanya sama ada beliau telah melamar Zizie menerusi SMS, Bung Moktar tidak membalasnya.

Selain media, ramai ahli parlimen turut tercari-cari Bung Moktar (kiri) untuk mengesahkan perkara itu.Rakan karib beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, ketika dihubungi, enggan memberi sebarang komen manakala Datuk Ismail Kassim (BN-Arau) pula berkata, perkara itu soal peribadi dan beliau tidak tahu mengenainya.
Bung Moktar telah berkahwin dan mempunyai empat anak. (MALAYSIAKINI)

Isnin, 14 Disember 2009

TABARRUJ..

Bold

pembalasan tuhan pasti datang bagi wanita bertabarruj..

cara berpakaian yang patut dicontohi...

Oleh Pensilajaib
"Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabbaruj bebas tanpa hijab.

Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga, kecuali sejumlah burung gagak yang berbulu putih. (sangat sedikit)."
(Sunan Bauhaqi)