Ahad, 24 Januari 2010

PROGRAM "MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA"






Wak Sukimon main pencak..


SDR.Jamaluddin tengah beraksi...


Peserta motivasi...
Oleh Pensilajaib
SRI GADING 24 Januari 2010 - Bertempat di markas PAS Kg. Baru Sri Gading bermulalah satu program "Motivasi Keluarga Bahagia" sempena meraikan 2 orang pengantin baru iaitu Sdr. Yusof Azhar (Usop) dan pasangannya Siti Nur Atiqah serta Sdr. Nasruddin (Pok Ding) dan pasangannya Elia Nadira.

Kedua-dua pengantin lelaki adalah merupakan AJK dewan pemuda PAS Sri Gading.Program ini adalah anjuran Lajnah kebajikan dewan pemuda PAS kawasan Sri Gading yang diketuai oleh Sdr. Ismail Abd Kadir.

Program bermula seawal jam 7.22 minit malam tadi di mana hadirin bersedia mengambil tempat untuk menunaikan solat magrib secara berjamaah. Setelah selesai solat magrib, diadakan pula majlis Tahlil dan doa selamat.
Lebih kurang jam 8 malam hadirin turun ke balai jamuan untuk menjamu selera masakkan nasi jagung berlaukkan daging lembu kari. Jamuan kami kali ini disediakan oleh pasukan catering dari Unit Amal Sri Gading diketuai oleh sdr. Norazren Sakib dan dibantu oleh "Amal Crew" yang lain.

Jamuan rasmi berlangsung kira-kira satu jam dan ratusan hadiran telah mengambil bahagian termasuk tetamu istemewa kami iaitu ketua dewan pemuda Pas pusat Ust Nasruddin Tontowi, timbalannya Ust Azman Shapawi Rani beberapa Exco pemuda Pas pusat serta Sdr. Khairul Faizi ketua pemuda Pas Johor.

Acara seterusnya ialah sambutan ketibaan 2 mempelai yang diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Kompang Parit Raja Darat yang diketuai oleh adik Zahir Morsid. Kedua pengantin lelaki sahaja yang diarak dari hadapan warung "Gear Box" Brader Jumali menuju kehalaman markas. Perarakan pengantin ini disertai oleh kumpulan kanak-kanak yang tentunya menunggu -nunggu pembahagian "angpau" dari kedua-dua mempelai.

Kedua-dua pengantin kemudiannya dipersembahkan dengan pertunjukkan Pencak Silat oleh tiga orang mahaguru silat tempatan iaitu terdiri dari Wak Sukimon ketua cawangan PAS Parit Raja Darat, En. Padil dari kampung Pt. Hj. Salleh dan sDR. Jamaluddin Hussin ketua penerangan PAS kawasan Sri Gading. Setelah selesai pertunjukkan pengantin pun membahagi-bahagikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.
Selesai program sumbangan, kedua pasangan mempelai dan hadirin naik ke dewan markas untuk acara "Motivasi Keluarga Bahagia Berpayung Emas" yang dipimpin oleh Ust Akhwan pakar motivasi dari ADNIN Trainning Centre (Akdemi Didik Insan) didatang khas dari Pahang.

Program dimulai dengan bacaan doa selamat, ucapan Ketua Pemuda PAS kawasan Sdr Alias Sabu, ucapan kedua pengantin lelaki seterusnya motivasi pun bermula sekitar jam 10.15 malam dan diakhiri dengan penyerahan hadiah kepada kedua-dua pengantin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan