Jumaat, 29 Januari 2010

4.39 Juta Layak Mengundi Belum Daftar Sebagai Pemilih

PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata daripada jumlah itu, Selangor mencatat jumlah yang paling tinggi iaitu seramai 787,000 orang, diikuti Johor (605,000), Perak (526,000) dan Sarawak (473,000).

"Pada pengamatan saya, majoriti iaitu 65 peratus mereka yang belum berdaftar ini terdiri dari kalangan bumiputera, iaitu kaum Melayu dan kaum-kaum etnik di Sabah dan Sarawak kerana mengikut ratio penduduk juga kaum bumiputera adalah kaum yang paling ramai.

"Daripada jumlah borang pendaftaran yang diterima baru-baru ini juga didapati lebih ramai belia daripada kalangan bukan bumiputera yang mendaftar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini Isnin.

Sehingga akhir tahun lalu, jumlah pengundi berdaftar di negara ini adalah 11.08 juta orang, berbanding jumlah keseluruhan mereka yang berumur 21 tahun ke atas adalah 15.47 juta orang.

Sehubungan itu, Wan Ahmad meminta kerjasama daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan-persatuan belia serta mana-mana pihak yang ingin membuat perjumpaan atau apa jua acara melibatkan penyertaan yang ramai seperti karnival atau pesta agar turut memaklumkan kepada pejabat-pejabat pilihan raya negeri.

Dengan itu, katanya pejabat pilihan raya negeri dapat membuka kaunter pendaftaran pemilih, sebagai satu kemudahan mendaftar kepada mereka yang menghadiri majlis tersebut.

"Mereka boleh telefon sahaja untuk beritahu tentang perjumpaan itu, dan SPR sangat berbesar hati untuk membuka kaunter di sana," katanya.

Beliau berkata SPR juga akan melipatgandakan usaha pendaftaran pemilih melalui pembukaan kaunter di pusat membeli-belah, hari pelanggan di pejabat-pejabat kerajaan dan pesta-pesta tertentu, sebagai pilihan kepada orang ramai selain mendaftar di 700 pejabat pos di seluruh negara.

Selain itu, katanya SPR juga sering turun padang ke kawasan-kawasan pedalaman, selain melantik Penolong Pendaftar Sementara di kalangan parti-parti politik untuk mendaftarkan mereka yang layak ini.

SPR juga akan meminta kerjasama media elektronik seperti radio dan televisyen untuk menimbulkan kesedaran terhadap golongan yang belum berdaftar itu agar segera mendaftar, katanya.

Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata ia semua tertakluk kepada sikap individu itu sendiri, kerana kajian oleh SPR sebelum ini mendapati sikap suka menunggu hingga ke saat akhir adalah punca utama mengapa mereka belum berdaftar walaupun telah layak untuk berbuat demikian.

"Setiap kali pilihan raya umum diadakan, SPR menerima lebih satu juta borang pendaftaran baru, jadi bayangkan dalam tempoh satu atau dua bulan borang itu perlu disahkan. Bila tak sempat didaftar dan mereka tidak boleh mengundi mereka salahkan SPR, padahal mereka boleh mendaftar pada bila-bila masa sepanjang tahun.

"Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih," katanya.

-- BERNAMA

Ahad, 24 Januari 2010

PROGRAM "MOTIVASI KELUARGA BAHAGIA"






Wak Sukimon main pencak..


SDR.Jamaluddin tengah beraksi...


Peserta motivasi...
Oleh Pensilajaib
SRI GADING 24 Januari 2010 - Bertempat di markas PAS Kg. Baru Sri Gading bermulalah satu program "Motivasi Keluarga Bahagia" sempena meraikan 2 orang pengantin baru iaitu Sdr. Yusof Azhar (Usop) dan pasangannya Siti Nur Atiqah serta Sdr. Nasruddin (Pok Ding) dan pasangannya Elia Nadira.

Kedua-dua pengantin lelaki adalah merupakan AJK dewan pemuda PAS Sri Gading.Program ini adalah anjuran Lajnah kebajikan dewan pemuda PAS kawasan Sri Gading yang diketuai oleh Sdr. Ismail Abd Kadir.

Program bermula seawal jam 7.22 minit malam tadi di mana hadirin bersedia mengambil tempat untuk menunaikan solat magrib secara berjamaah. Setelah selesai solat magrib, diadakan pula majlis Tahlil dan doa selamat.
Lebih kurang jam 8 malam hadirin turun ke balai jamuan untuk menjamu selera masakkan nasi jagung berlaukkan daging lembu kari. Jamuan kami kali ini disediakan oleh pasukan catering dari Unit Amal Sri Gading diketuai oleh sdr. Norazren Sakib dan dibantu oleh "Amal Crew" yang lain.

Jamuan rasmi berlangsung kira-kira satu jam dan ratusan hadiran telah mengambil bahagian termasuk tetamu istemewa kami iaitu ketua dewan pemuda Pas pusat Ust Nasruddin Tontowi, timbalannya Ust Azman Shapawi Rani beberapa Exco pemuda Pas pusat serta Sdr. Khairul Faizi ketua pemuda Pas Johor.

Acara seterusnya ialah sambutan ketibaan 2 mempelai yang diiringi dengan paluan kompang dari pasukan Kompang Parit Raja Darat yang diketuai oleh adik Zahir Morsid. Kedua pengantin lelaki sahaja yang diarak dari hadapan warung "Gear Box" Brader Jumali menuju kehalaman markas. Perarakan pengantin ini disertai oleh kumpulan kanak-kanak yang tentunya menunggu -nunggu pembahagian "angpau" dari kedua-dua mempelai.

Kedua-dua pengantin kemudiannya dipersembahkan dengan pertunjukkan Pencak Silat oleh tiga orang mahaguru silat tempatan iaitu terdiri dari Wak Sukimon ketua cawangan PAS Parit Raja Darat, En. Padil dari kampung Pt. Hj. Salleh dan sDR. Jamaluddin Hussin ketua penerangan PAS kawasan Sri Gading. Setelah selesai pertunjukkan pengantin pun membahagi-bahagikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.
Selesai program sumbangan, kedua pasangan mempelai dan hadirin naik ke dewan markas untuk acara "Motivasi Keluarga Bahagia Berpayung Emas" yang dipimpin oleh Ust Akhwan pakar motivasi dari ADNIN Trainning Centre (Akdemi Didik Insan) didatang khas dari Pahang.

Program dimulai dengan bacaan doa selamat, ucapan Ketua Pemuda PAS kawasan Sdr Alias Sabu, ucapan kedua pengantin lelaki seterusnya motivasi pun bermula sekitar jam 10.15 malam dan diakhiri dengan penyerahan hadiah kepada kedua-dua pengantin.

Jumaat, 22 Januari 2010

PILIHANRAYA KAMPUS UTHM KEMBALI LAGI

DPPKSG, 08 Safar 1431, 23 Januari 2010 - Notis pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UTHM) telah pun dikeluarkan. Ini bermakna pilihanraya kampus akan diadakan tidak lama lagi.

Sudah pasti pilihanraya kampus juga turut mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai peringkat merangkumi pelajar, staf dan juga ahli politik luar.

Memandangkan terbinanya kampus UTHM di dalam kawasan Sri Gading, maka DPPKSG merasa terpanggil untuk turut serta mengikuti perkembangan politik kampus. Adakah ianya seperti yang dikatakan bahawa politik kampus tidak sehebat seperti politik luar ataupun ada yang mengatakan di dalam politik kampus juga mahasiswa turut 'mengaum' sama seperti politik luar.

Dan yang pasti, apa yang dikatakan bahawa pilihanraya kampus ataupun yang lebih tepat lagi dipanggil sebagai politik kampus tidak mendapat 'sentuhan' atau 'suntikan' daripada parti politik luar adalah jauh meleset.

Di sini DPPKSG mendedahkan satu agenda kotor yang mana kumpulan mahasiswa dari proksi BN telah mendapat suntikan kewangan dari salah satu parti politik luar.

Untuk mengetahui perkembangan politik kampus UTHM, boleh layari laman blog Pro-Mahasiswa UTHM. (http://promahasiswauthm.blogspot.com/)

Pro-Mahasiswa UTHM adalah satu kumpulan mahasiswa yang memperjuangkan agenda mahasiswa untuk menjatuhkan proksi BN - Pro-Aspirasi.

Sabtu, 16 Januari 2010

UMNO BN Johor Pinda Undang-undang Kerana Takut Johor Jatuh Ke Tangan PR

Oleh Pensilajaib
Takut negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR), Umno-Barisan Nasional (BN) Johor meminda Undang-Undang Tubuh negeri itu yang digunapakai sejak tahun 1895.

Umno-BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman meminda bahagian perlembagaan negeri itu yang berkaitan dengan kekosongan kerusi yang melibatkan pilihan raya kecil.

Percaya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi mereka, wakil-wakil rakyat Johor menggunakan sepenuhnya kuasa majoriti mereka untuk mengubah syarat jika berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mendedahkan perkara itu, Adun PAS – Maharani, Dr Muhammad Taslim berkata, mereka mengubah Fasal 5: Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang sudah termaktub dan dilaksanakan sejak tahun 1895.

Mengikut fasal itu, pilihan raya kecil boleh diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dalam tempoh 60 hari dan kuasa menentukan pilihan raya boleh dijalankan adalah Speaker, katanya dalam satu ceramah.

Pada sidang dewan yang terbaru September lalu, mereka membuat pindaan dan menetapkan kuasa menentukan sama ada pilihan raya boleh diadakan atau tidak, ialah SPR dan bukan lagi Speaker.

Muhammad menjelaskan,“Semua itu mereka lakukan kerana melihat kekalutan apa yang berlaku kepada DUN Perak. Mereka siang-siang sudah pinda perlembagaan kerana takut kalau Speaker akan menyebelahi PR, seperti V. Sivakumar.”

"Ini terang-terang mereka mencabuli sistem demokrasi yang mendokong doktrin pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman," terang beliau.

“Sekarang ini mereka berkuasa dan mempunyai majoriti dalam dewan, mereka boleh buat apa sahaja untuk meminda undang-undang itu demi kepentingan mereka. Itulah amalan orang Umno-BN yang kini semakin takut kehilangan kuasa mereka” katanya.

Beliau berkata, dalam isu itu, enam orang Adun PR tidak dapat berbuat apa-apa kerana Adun BN mempunyai majoriti besar dalam DUN Johor. Tetapi, kehadiran enam wakil rakyat PR sejak Mac tahun lalu, menggusar dan menakutkan mereka.

Mengulas kemegahan negeri Johor yang sering dilabel sebagai ‘kubu’ kuat Umno, Muhammad berkata, gelaran itu semakin tergugat sekarang dan PR yang diwakili oleh KEADILAN, PAS dan DAP bakal mengubah gelaran itu kepada Johor ‘kubur’ Umno pada pilhan raya umum ke-13 nanti.

Malah, susulan kejayaan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19 Disember lalu akan diterjemahkan di negeri Johor, dan sekali gus misi menawan Kota Iskandar akan menjadi kenyataan.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika mengadakan ceramah anjuran PAS Kota Tinggi di Tadika Pasti, Taman Hijrah baru-baru ini.

Turut hadir memberi ceramah ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Asha’ari.

Selain menceritakan pindaan perlembagaan negeri buat julung kali sejak tahun 1895 itu, beliau menjelaskan mengenai taktik ‘Menyekat dan Menghalang’ dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Umno-BN terhadap wakil-wakil PR daripada banyak bersuara.

Mengenai jumlah soalan yang boleh ditanya setiap kali persidangan. Peraturan lama menetapkan setiap wakil rakyat boleh bertanya enam soalan lisan dan tiada had untuk soalan bertulis, dan soalan bertulis perlu dihantar dua minggu lebih awal.

“Apabila sidang dewan berjalan, kami daripada PR gunakan sepenuhnya peluang itu untuk tanya banyak soalan. Bukan sahaja enam soalan lisan sahaja, tetapi soalan bertulis kami ada pecahan soalan, a, b, c, d….hinggalah menjadi sampai 20 soalan”.

“Setiap soalan kami nampaknya terpaksa dijawab oleh Exco Kerajaan, ketua-ketua jabatan berkaitan dan Menteri Besar dalam sidang yang pertama. Oleh kerana bimbang dengan soalan-soalan panas dan cepumas daripada kami, mereka pun pinda peraturan dalam sidang seterusnya.”

Katanya, peraturan terbaru menetapkan lima soalan hanya untuk satu-satu tajuk sahaja, tidak boleh ada anak soalan dan tidak boleh merujuk kepada mana-mana media jika hendak bertanya satu-satu isu.

Bagi soalan bertulis juga, tidak dibenarkan lebih dari 40 perkataan untuk satu-satu soalan.


“Begitulah gayanya mereka hendak menyekat kami, tapi kami tidak akan putus asa. Peluang berada dalam dewan dan dalam sidang-sidang dewan akan datang, kami akan terus membawa suara dan isu rakyat.”

“Memang dalam media arus perdana mereka tidak laporkan langsung soalan dan isu-isu yang kita bangkitkan. Tetapi, melalui medan ceramah-ceramah umum seperti ini, kami wakil-wakil PR akan terus membuat pendedahan kepada rakyat” katanya.

SUMBER - http://dun-maharani.blogspot.com/

AMALAN BAGI ORANG YANG BERMIMPI BURUK

Oleh Pensilajaib

Pertama
Meludah kekiri, 3 kali. 1

Kedua
Berlindung dengan Allah dari godaan syaitan dan dari keburukkan mimpinya, 3 kali. 2

Ketiga
Tidak menceritakan mimpinya kepada orang lain. 3

Keepmat
Membalikkan tubuhnya (mengubah kedudukan tidur). 4

1- Ditakhrij oleh Al-Bukhari (7044), Muslim (2261) dan Ahmad (22077)
2- Ditakhrij oleh Muslim (2262), Ahmad (14365) dan Abu Dawud (5022) dan Ibnu Majjah (3908)
3- Ditakhrij oleh Ahmad (1720, 27820), abu Dawud (1425), At-Tirmizi (464), An-nas,ai (1745, 1746)
4- Ditakhrij oleh Abu Dawud (1427), at-Tarmizi (3566), an-Nasa'i(1747), Ibnu Majah (1179).

Isnin, 11 Januari 2010

"JAUHILAH KAMI DARI AZAB NERAKA.."


Oleh Pensilajaib
Dalam sebuah hadis disebutkan bahawa Al Harits bin Muslim mendatangi Rasullah S.A.W dan beliau berkata kepadanya:

"Mahukah engkau aku tunjukkan suatu amalan?"Al Harits bin Muslim berkata: "Tentu wahai Rasullah." Maka beliau bersabda:

"Apabila engkau selesai solat subuh maka bacalah: "Ya Allah ya tuhanku selamatkanlah aku dari neraka," sebanyak tujuh kali.

Dan apabila engkau telah selesai solat magrib maka bacalah: "Ya Allah ya tuhanku, selamatkanlah aku dari neraka", sebanyak tujuh kali.

Kesahihan hadis ini telah dipastikan oleh Ibnu Al Qayyim

Jumaat, 8 Januari 2010

HIMPUNAN MENGUTUK TINDAKAN MESIR





8 Junuari 2010 - selepas solat jumaat telah berlangsung himpunan di depan ke bangunan kedutaan Mesir.

2.00 Petang - Peserta berarak dari masjid tabung haji menuju ke bangunan kedutaan mesir
2.40 Petang - Ucapan pidato dari pimpinan Pemuda dan AJK PAS Pusat
... . Penyerahan memorundum bantahan
3.15 Petang - Bersurai

Alhamdulillah himpunan berjaya menyampaikan memorundum tanpa ada gangunan kecuali dari helicokter polis
.

Isnin, 4 Januari 2010

MENCARI YANG HALAL ITU FARHDU....

Restoran kebanggan kita..
Pelanggan setia menunggu giliran...

Salleh ngan Akhmal tengah "kontrol macho", maklumlah...

nyam...nyam..nyamm, sedapnya...

Oleh Pensilajaib
KLUANG 4 Januari 2010 - Setelah agak keletihan meronda PASTI di kawasan kami (Sri Gading), maka saya pun melepak kejap kat warung bang Ucup berdepan dengan Taman Maju Parit Raja.

Kat situlah melonggok ahli-ahli politik tulen dari DPPKSG, Mail, Akhmal, Azren, Nizam, Padil, dan Alias sabu serta seorang exco pemuda Pas negeri Johor Sdr. Salleh Tamjis (Exco Sukan dan Rekreasi).

Setelah ngeteh dan bincang banyak perkara hal negara kat warung bang Ucup sahabat saya Salleh pun mencadangkan: "Lepas korang penat melawat PASTI, apa kata kita melawat RCH (Radix Chiken House) kat Kluang..?" Cadagan tu kami pun sokonglah... sebulat suara tanpa bantahan....

Lebih kurang jam 12.30 tengahari kami pun bertolaklah ke Kluang. Waktu yang sememangnya sangat sesuai untuk makan tengahari.

Sdr. Akhmal pun menjadi mangsalah.... kene belanja....biasalah.. dialah yang agak 'power' dari kalangan kami.. Bang Khalim jangan marah..., kami telupa pulak nak ajak... sorry...lain kali kita mintak Faizi belanja Okey....

Nak cerita kat sini, selain RFC (Radix Fried Chicken) HPA juga ada RCH yang hidangannya pasti menyelerakan... sama-samalah kita bantu perniagaan orang Islam... kalau bukan kita siapa lagi..? "mencari yang halal itu fardhu.."

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN PASTI 2010

Kelihatan beberapa orang penjaga tengah sibuk mendaftarkan anak mereka....

Setia menunggu.......

Oleh Pensilajaib
PASTI SRI GADING 4 Januari 2010 - Hari ini adalah merupakan hari pertama persekolahan bagi PASTI seluruh negeri Johor dan beberapa negeri yang cuti mingguannya pada hari Sabtu dan Ahad.

Pelbagai karenah dan gelagat anak-anak PASTI dapat diperhatikan di sepanjang lawatan saya ke beberapa buah PASTI di kawasan Sri Gading. Terdapat sebanyak dua belas buah PASTI di seluruh kawasan Sri Gading.

Ramai yang begitu ceria bertemu rakan-rakan lama dan baru pada hari pertama ini dan tak kurang juga yang menangis teresak-esak kerana memasukki alam baru persekolahan.

Secara puratanya maklumat awal tak rasmi yang saya peroleh hari ini mengambarkan bahawa bilangan pelajar di semua premis PASTI seluruh kawasan Sri Gading meningkat dengan begitu baik sekali.

Ini mengambarkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi pendidikan di bawah dewan pemuda PAS kawasan ini semakin menyerlah dan sekaligus menangkis pandangan negetif sesetengah pihak.

Harapan kami moga PASTI akan terus subur dan akan melahirkan generasi Al-Quran. Amin...!