Khamis, 4 November 2010

SANG MURABBI: Ayahnda Haji Sakib dalam kenangan



Al-fatihah buat Mantan YDP PAS Kawasan Sri Gading, Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan yang telah selamat kembali ke rahmatullah pada jam 3.30 petang Selasa lalu. Beliau di tempatkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi) Hospital Besar Batu Pahat sejak seminggu yang lalu setelah terlibat dalam kecelakaan jalan raya, Allahyarham tidak sedarkan diri setelah pembedahan kecil membetulkan salur ususnya yang rosak akibat hentakan yang kuat pada perut.
Allahyarham Tn Haji Sakib Bin Manan merupakan Mantan Yang Di Pertua PAS Kawasan Sri Gading. Mesra dangan panggilan ayahnda ini sentiasa kelihatan berada di mana-mana program PAS. Meninggal dunia dalam usia 76 tahun, pernah di anugerahkan sebagai 'Tokoh Bapa Pejuang' dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ke-37 pada tahun lalu. Setelah 26 tahun menerajui PAS kawasan. Anugerah khas ini disampaikan sebagai mengenang jasa beliau yang telah berjaya mewariskan perjuangan PAS kepada 11 daripada 12 anaknya. Antaranya seperti Nor Ain (YDP Kluang/Pegawai Penerangan PAS Johor/wakil tvpas.com Johor), Nor Khalim (Pengarah Jabatan AMAL Johor) dan Nor Ashid (Bekas Tahanan ISA)
Ayahnda memang seorang yang cekal dan sangat positif. Pernah dihalau daripada kampung kerana menubuhkan PAS di Kampung Parit Sonto pada satu ketika dahulu. Menggambarkanketabahan serta semangat juang dan komitmen beliau bersama jemaah juga memang tidak dapat dinafikan,
Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Parit Daun, Parit Raja selepas solat Isyak. Semoga Allah merahmati dan membalas keikhlasan Almarhum Ayahnda Haji Sakib Bin Abd. Manan sepanjang kehidupan dengan amal soleh dan menanti Cinta Allah dan Rahmat-Nya di syurga, Insya Allah..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebuah dokumentasi atau travelog perjuangan khusus untuk ayahanda perlu ditubuhkan. Ia bagi mengabadikan perit serih ayahanda dalam meniti perjuangan dan pemahaman masyarakat di sini mengenai PAS. Pergorbanan dan mehnah yang berlaku menjadi salah satu ebisod kecil gambaran kepayahan almarhum 'menongkah' arus pemikiran rakyat ke arah perjuangan memartabat Islam di Johor khususnya di Sri Gading.

Catat Ulasan