GEORGE TOWN - Seorang pemilik kilang memproses makanan di Jelutong di sini tidak serik walaupun telah lapan kali didenda atas kesalahan sama menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan yang dikeluarkan sejak lima tahun lalu.
Semalam, tertuduh Gooi Soon Chye, 45, iaitu pemilik kilang Teoh Guan Hup Food Stuff Industries buat kali kesembilan dijatuhi hukuman denda atas kesalahan menggunakan bahan pengawet itu oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini.
Soon Chye mengaku bersalah atas keenam-enam pertuduhan terhadapnya kerana menggunakan asid borik dan asid benzoik dalam produk makanan keluaran kilangnya.
Majistret Mohd. Firdaus Abdul Wahab kemudian menjatuhi hukuman denda sebanyak RM22,500 terhadap enam kesalahan itu dan penjara 22 bulan jika tertuduh gagal menjelaskan denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, kilang tersebut didakwa menggunakan bahan pengawet asid borik dan asid benzoik ketika menghasilkan mee kuning, kuey teow, hor fun dan bee tai bak.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983 (Pindaan 2002) dan dihukum mengikut Seksyen 13B(4) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan....KOSMO
LAUTAN YANG TERANCAM - BAHAGIAN 2.
2 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan