Selasa, 13 April 2010

Antara 2 "KAMI"..

Kempen Cegah Pembuangan Bayi: Kami Prihatin Dilancar


Hampir setiap hari kita mendengar kes-kes buang bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling memilukan apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah. Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Memang nilai kemanusiaan sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini. Menyedari hakikat itu, kempen Kami Prihatin yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Kempen Kami Prihatin ini telah digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 22 Mac lalu ekoran gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi. Statistik pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak pada ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berharap semua pihak dapat berganding bahu mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan konsep jaya waris iaitu ‘anak orang anak kita’.
Credit to: KOSMO
Kempen Kami Prihatin juga disertai puluhan selebriti popular. Jadi saya sebagai rakyat Malaysia merasa terpanggil untuk turut serta dalam menjayakan kempen ini. Ayuh sama-sama kita cegah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

*************************************************************************************************************
 Badan Amal Kami Prihatin (BAKP)


Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) adalah badan NGO yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga perihal kebajikan masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Menerusi badan ini, pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun sokongan moral telah dihulurkan kepada mereka yang berhak tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama. 

“Kami Prihatin”
, begitulah slogan yang dipilih oleh BAKP yang sentiasa kami laungkan untuk memberi khabar gembira kepada mereka yang ditimpa musibah, golongan kurang upaya, anak-anak yatim dan lain-lain bahawa kami di sini senantiasa mendengar dan prihatin di atas nasib yang menimpa mereka.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan