Sabtu, 17 April 2010

KETIKA MENCARI JODOH

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran


Selasa, 13 April 2010

Antara 2 "KAMI"..

Kempen Cegah Pembuangan Bayi: Kami Prihatin Dilancar


Hampir setiap hari kita mendengar kes-kes buang bayi yang berlaku di mana-mana di seluruh negara. Paling memilukan apabila ada bayi yang dibakar di tempat pembuangan sampah. Tidak cukup dengan itu, ada juga bayi yang dibuang menjadi makanan kepada burung-burung gagak. Apalah dosa bayi-bayi itu apabila diperlakukan sebegitu. Memang nilai kemanusiaan sudah berkurangan dalam diri masyarakat kita hari ini. Menyedari hakikat itu, kempen Kami Prihatin yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang gejala penderaan kanak-kanak dan pembuangan bayi di Malaysia telah dilancarkan semalam oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Kempen Kami Prihatin ini telah digerakkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 22 Mac lalu ekoran gejala penderaan kanak-kanak dan buang bayi yang semakin menjadi-jadi. Statistik pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak pada ketika ini cukup menyedihkan apabila sebanyak 407 kes pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan dilaporkan kepada pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat sejak empat tahun lalu. Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak berharap semua pihak dapat berganding bahu mengatasi masalah tersebut dengan mengamalkan konsep jaya waris iaitu ‘anak orang anak kita’.
Credit to: KOSMO
Kempen Kami Prihatin juga disertai puluhan selebriti popular. Jadi saya sebagai rakyat Malaysia merasa terpanggil untuk turut serta dalam menjayakan kempen ini. Ayuh sama-sama kita cegah kes pembuangan bayi dan penderaan kanak-kanak.

*************************************************************************************************************
 Badan Amal Kami Prihatin (BAKP)


Badan Amal Kami Prihatin (BAKP) adalah badan NGO yang ditubuhkan bertujuan untuk menjaga perihal kebajikan masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Menerusi badan ini, pelbagai bentuk sumbangan sama ada dalam bentuk wang ringgit mahupun sokongan moral telah dihulurkan kepada mereka yang berhak tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama. 

“Kami Prihatin”
, begitulah slogan yang dipilih oleh BAKP yang sentiasa kami laungkan untuk memberi khabar gembira kepada mereka yang ditimpa musibah, golongan kurang upaya, anak-anak yatim dan lain-lain bahawa kami di sini senantiasa mendengar dan prihatin di atas nasib yang menimpa mereka.  

Sheila dan Kebaya

Sheila dan Kebaya

Ramai juga insan yang dikelilingi kemewahan hidup namun hatinya bagaikan gersangnya dipadang pasir.  Kosong, hambar, tawar, panas dan pelbagai lagi keresahan yang mencengkam jiwa.  Wang berjuta, pakaian mewah jutaan ringgit,, kereta mewah berderet, isteri-isteri yang jelita, anak-anak yang ramai dan pelbagai lagi  tidak menjamin dapat  rasa bahagia dan tenang.  Justeru apakah nilai sebenar yang mampu menyejukkan hati dan menyamankan jiwa?

Nilai yang dapat mengisi jiwa manusia hakikatnya tidak terpahat pada kilauan berlian, kerlipan emas, kejelitaan wajah dan lain-lain.  Oleh itu dimanakah kita dapat mencarinya?  Apakah nilai yang membahagiakan itu sebenarnya tidak wujud atau ia sengaja disembunyikan kerana takutkan sesuatu?

Lantaran itu jangan lah kita tertipu ibarat seorang yang sedang kehausan dipadang pasir dengan kilauan Fatarmorgana yang disangkakan air.

Fatamorgana itu dihidangkan kepada rakyat dengan semakin hebat oleh media massa hari ini.  Semakin mendekati kiamat, semakin galak media massa cetak, elektronik dan maya menonjolkan fatamorgana untuk menghilangkan ‘dahaga’ ruh masyarakat.  Nilai yang hakiki disembunyikan atau sekadar dijadikan kosmetik buat mengelabui mata rakyat.

Fatamorgana terbaru disiarkan oleh Utusan Malaysia  mengenai kebaya bertatah berlian dan permata yang bakal masuk senarai  Guinness World of Records.    Ia diperagakan oleh penyanyi Datuk Sheila Majid. 

Dalam laporan tersebut, Datuk Sheila Majid menyatakan perasaannya, "Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya malam ini apabila memikirkan kebaya yang bernilai berjuta-juta ringgit disarungkan ke tubuh saya".

Sepatutnya kenyataan tersebut  mengungkapkan, “Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya malam ini kerana  terpaksa memakai pakaian mendedahkan aurat.  Meskipun ia mahal namun aurat saya jauh lebih berharga dari nilai baju jutaan ringgit itu.   Aurat saya adalah rahsia serta maruah saya sebagai wanita muslim.  Sekali-kali saya tidak akan tukarkannya dengan sedikit nilai duniawi yang tidak mendapat tempat di sisi Allah”.

Ungkapan  itu jika diluahkan dari hati berjiwa hamba kepada Allah akan memberi nilai yang tidak  dapat dibeli dengan wang berjuta sekalipun.  Inilah hati yang mewah dengan iman.  Inilah jiwa taqwa yang bernilai ekslusif di sisi Allah swt. Sepatutnya kenyataan seperti ini lah yang diucapkan apabila beliau menghubung kaitkan dengan nama Allah..

Apalah sangat kebaya jutaan ringgit jika disebalik kilauan permata dan berlian itu hanya terdapat murka Allah.  Kemurkaan itu bukan setakat fesyen pakaian yang mendedahkan aurat bahkan juga pada pembaziran yang dibuat semata-mata untuk sepasang baju!. Baju itu tetap juga namanya kebaya.,apa guna jika nyawa terancam. Kalau rasa nyawa tak terancam kenapa harus ada polis mengawalnya..ini bermakna nyawanya senilai harga kebaya itu sahaja ..

Jika ditanya siapa yang mahu bertemankan syaitan... saya percaya ramai yang tidak sanggup.  Tapi siapa yang mahu berdekat dan berbaik dengan Allah... pasti ramai yang mahu.  Namun sekadar berteori di lidah tidak bertulang, tiada maknanya.  Sedangkan perbuatan kita menurut apa yang syaitan suka.

Allah menyifatkan orang-orang yang suka membazir sebagai adik-beradik syaitan.  Wah... hebat... bukan setakat bersahabat, bahkan sudah ada ikatan silaturrahim secara rasmi sebagai adik - beradik.



Allah berkata dalam surah al-Isra’, ayat 26 dan 27,


Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing serta janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau.
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Alangkah baiknya jika nilai jutaan ringgit itu dibelanjakan buat golongan fakir dan miskin yang masih ramai tidak memiliki kediaman.

Malaysia Boleh!

Semata-mata untuk menunjukkan Malaysia serba boleh, bukanlah dengan membelakangi tuntutan al-Quran dan as-sunnah.  Nilai apa yang ada pada Guinnes World of Records itu?  Rekod tersebut dicipta oleh siapa dan apa tujuannya yang sebenar?  Memburu yang tertinggi, terbesar, terbanyak, terpanjang dan segala macam ‘ter’ lagi di dunia ini sinonim dengan mencari ketinggian di mata manusia.  Sedangkan ganjaran syurga di akhirat itu disediakan untuk mereka yang tidak mencari kedudukan yang tinggi di dunia.  Sebaliknya berusaha menjadi hamba yang sentiasa merendah diri kepada Allah.  Hamba yang merendah diri kepada Tuhannya ialah yang mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Masih terdapat ruang untuk menjadi ‘ter’ di dunia ini iaitu mematuhi dan melaksanakan undang-undang Allah sepenuhnya di bumi Malaysia yang bertuah.ini.  Dalam konteks dunia hiburan, laksanakan hiburan cara Islam.  Islam bererti selamat dan aman.  Jika cara lain yang kita cari dan usahakan, maka tunggulah hasil kerosakan yang disebarkan di dunia fana ini memberi natijah buruk di akhirat kelak.

Allah berkata di dalam surah Al-Qasas, ayat 83,

Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.

Justeru itu fikir-fikirkan... kemewahan di dunia yang kita mahu atau kemewahan syurga di akhirat yang kita harapkan?

Rabu, 7 April 2010

CERAMAH PERDANA

"CERAMAH PERDANA" 

Penceramah : US. TAIB AZAMUDDIN (Bekas Imam Besar Masjid Negara) & SDR. HAMID JAMAH.
Tarikh : 11 April 2010
Hari : AHAD
Masa : 9.30 malam
Tempat : DATARAN PARIT RAJA DARAT, JALAN PARIT BOTAK, PARIT RAJA.

Semua dijemput hadir.

Selasa, 6 April 2010

PARIT RAJA 6 April – Warga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diseru menghayati keindahan Islam yang mencakupi segala aspek kehidupan khususnya dari sudut akidah, ibadat, muamalat, akhlak, ilmu dan sebagainya.
Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin berkata, selain itu, penekanan kepada sifat amanah juga penting kerana tanpanya, seseorang akan menjadi perosak kepada organisasi yang disertainya.
“Bagi memenuhi pengertian amanah maka kita perlu berlumba-lumba menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh dan penuh integriti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul universiti itu anjuran Pusat Islam UTHM di Batu Pahat dekat sini baru-baru ini.
Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Rugayah Mohamad; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal dan Alumni), Prof. Amir Hashim Mohd. Kassim dan Pengarah Pusat Islam, Prof. Syed Muhammad Dawilah Al Edrus.
Menurutnya, mereka yang amanah tidak akan memandang ringan terhadap sesuatu tugas yang telah diarahkan malah melakukan tanggungjawab itu lebih daripada jangkaan.
“Seseorang yang amanah di dalam pekerjaan akan sentiasa mencari keredaan Allah berbanding pangkat dan imbuhan malah mereka akan sentiasa menjaga rahsia organisasi dengan sebaik mungkin bagi mengelakkan penyelewengan,” ujarnya.
Beliau berkata, UTHM adalah organisasi pembelajaran yang ditubuhkan dengan amanah untuk melahirkan dan melatih ahli profesional serta teknologi yang mempunyai sahsiah mulia dan berdaya saing di arena global melalui program holistik, pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid.
“Selain dari itu, kita juga bertanggungjawab bagi mengangkat martabat negara dalam bidang pendidikan seperti dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan ilmu dan inilah amanah yang perlu dipenuhi bersama,” katanya.
Sehubungan itu, beliau berharap semua warga UTHM dapat sama-sama memikul amanah yang diberikan dalam usaha memartabatkan UTHM sebagai sebuah universiti berwibawa dan dihormati di persada dunia.
Majlis sambutan berkenaan diisi dengan ceramah yang disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Zakat, Baitulmal dan Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Sheikh Ahmad Faisal Mohammed.
Pada majlis itu juga berlangsung penyerahan wang zakat dari anak syarikat UTHM iaitu KUTECH Sdn. Bhd. sebanyak RM30,000 kepada MAINJ serta penyerahan zakat dari pihak Takaful Etiqa kepada 150 orang mahasiswa UTHM melibatkan jumlah keseluruhan RM 70,000.
Sebelum itu, lebih 1,000 mahasiswa dan staf telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti itu.
Perarakan yang melibatkan 32 kumpulan kelab dan persatuan dalam UTHM ini diketuai Pendaftar UTHM, Sulam Hamid dan turut disertai para pelajar antarabangsa.

Ahad, 4 April 2010

70% Melayu sokong Perkasa

Oleh FAIRUS KASSIM dan MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 3 April - Tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre menunjukkan hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu.

Ketua Merdeka Centre, Ibrahim Suffian berkata, hasil tinjauan pihaknya juga mendapati sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dipetik daripada The Malaysian Insider.

Merdeka Centre telah melakukan tinjauan pada 11 hingga 27 Mac lalu melibatkan 883 pengundi berdaftar di Semenanjung bagi memperoleh maklum balas rakyat terhadap tuntutan Perkasa.

Ibrahim berkata, hasil tinjauan itu turut mendapati 61 peratus orang Melayu bersetuju bahawa Perkasa boleh membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya akan datang.

"Sokongan yang tinggi ini meletakkan Perkasa sebagai kumpulan yang mampu mendesak kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam memperjuangkan isu berkaitan Melayu.

"Ini juga merupakan amaran kepada semua parti politik agar tidak memusuhi pertubuhan tersebut jika hendak memperoleh sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang,'' katanya.

Beliau berkata, hasil tinjauan terhadap isu 'kaum Cina akan merampas negara' mendapati hanya 44 peratus orang Melayu bersetuju dengan kenyataan tersebut.

"Ini menunjukkan orang Melayu hanya menyokong Perkasa atas perjuangannya terhadap hak-hak Melayu dan tidak kepada isu selain daripada itu,'' jelasnya.

Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, hasil sokongan itu Perkasa akan terus cergas berjuang membela orang Melayu.

Menurutnya, beliau cukup terharu dengan sokongan itu dan mahu orang Melayu sedar dan bangkit untuk mempertahankan hak dan kepentingan sendiri.

"Orang Melayu harus sedar ini bukan soal perjuangan Perkasa tetapi mengenai hak yang perlu dipertahankan," katanya.

Umno sasar 1 juta ahli baru daftar pemilih

 KUALA LUMPUR: Umno menyasarkan satu juta ahli baru parti itu akan mendaftar sebagai pemilih dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. 

Naib Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, berkata buat masa ini, keahlian Umno lebih 3.5 juta dengan 661,000 ahli masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Beliau menjangka keahlian sedia ada berkurangan apabila proses mengemaskini daftar keahlian Umno selesai April ini berikutan ada ahli meninggal dunia, berpindah atau tidak aktif.

Kita yakin akan mencapai jumlah keahlian seramai empat juta menjelang PRU-13 dengan sasaran sejuta ahli dan pengundi baru menerusi kempen pendaftaran aktif dijalankan parti dan sayap Pemuda serta Puteri Umno. 

Berdasarkan proses berjalan sekarang, lebih 50 peratus keahlian membabitkan golongan muda dan kita akan gunakan kempen mempermudahkan usaha mendekati golongan ini seperti pendekatan interaktif menggunakan laman sosial Facebook, e-mel atau khidmat pesanan ringkas (SMS) selain turun ke padang, katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis penutup Seminar Keahlian dan Pelancaran Skuad Cari Seramai Ahli (CSI) serta Kembara Daftar Pemilih anjuran Biro Keahlian Puteri Umno, di sini semalam. 

Turut hadir, Ketua Sekretariat Biro Keahlian Umno, Datuk Dr Adham Baba dan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. 
Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Skuad CSI berperanan mendekati rakyat bagi menarik keahlian dan memastikan mereka mendaftar sebagai pengundi selain memberi penerangan jelas kepada rakyat bagi menangkis tohmahan parti pembangkang, katanya. 

Sementara itu, Rosnah berkata, pergerakan itu menyasarkan sekurang-kurangnya 60 peratus daripada 119,000 ahlinya yang layak mengundi, berdaftar dengan SPR sebagai pemilih sebelum Jun ini. 

Keahlian Puteri Umno kini dianggarkan 340,000 orang di seluruh negara dan proses pemutihan perlu dilakukan segera bagi mengenal pasti ahli yang masih setia kepada parti, katnya.