Rabu, 28 Oktober 2009

SIAPA AKAN JADI MANGSA...?



Oleh Pensilajaib
Parit Raja 29 Oktober 2009 - Tahniah kepada penduduk sekitar Parit Raja kerana anda punya banyak pilihan untuk membeli motosikal idaman hati. Terletak berhampiran pasaraya SAKAN, kini muncul pula sebuah pusat jualan motosikal yang baru sahaja beroperasi lebih kurang seminggu dua yang lalu. Kami difahamkan AG MOTOR mempunyai enam buah cawangan di seluruh negeri Johor, gambar di atas adalah cawangan pusat jualan terbarunya. AG MOTOR bukanlah satu-satunya pusat jualan motosikal di pekan ini, ia cuma salah satu daripada lambakkan pusat jualan motosikal yang lain.

Bukannya saya nak jadi tukang sibuk atau agen promosi syarikat ini yang dapat imbuhan tertentu, tapi fokus utama kita ialah disamping menjual motosikal AG juga menyediakan perkhidmatan 'Pusat Latihan Snooker' G2 Snooker. Perkataan "Pusat Latihan Snooker" adalah satu perkataan yang amat lunak jika dibandingkan dengan "Pusat Snooker" sangat tepat digunakan dikawasan yang boleh dikelaskan sebagai kampung yang majoritinya melayu Islam. Sedikit sebanyak perkataan "pusat latihan" ini akan mengurangkan prasangka negetif ibubapa terhadap anak mereka yang berkunjung kesini. Maklumlah...! biasanya tidak kurang juga orang yang bermain snooker sambil bertaruh dengan duit (judi jugaklah tu). Tapi kalau sekadar berlatih takanlah nak bertaruh kan...

Mungkin orang akan tanya saya, jadi apa masaalahnya...?. Awak benci sukan ke..? Ini je ke pusat tu kat Parit Raja..? atau awak ni memang kaki bangkang sepanjang tahun..?. Oh..! tidak..! bukan itu maksud saya. Perkara penting yang kita perlu fikir ialah siapa yang memenuhi pusat ini..? Saya sempat menemubual salah seorang pengunjung berumur 13 tahun pelajar tingkatan satu, Khalim namanya (bukan nama sebenar), seorang pelajar sekolah berdekatan. Saya tanya dia, ramai dik.. orang kat atas tu? boleh tahanlah bang.., jawabnya ringkas. Saya terus menyoal, majoriti umur berapa..? Cina, India ada ke.? budak sekolah macam adik ramai jugak ke..? Khalim pun terus menjawab dengan tenang, "Majoriti umur 25tahun ke bawah, india sorang pun tak nampak...,Cina ada.. tauke kedai tulah bang... budak sekolah, adalah kawan-kawan saya tu bang.."

Inilah yang perlu kita fikir-fikirkan.., bukan berjudi sahaja yang haram, membazir pun haram, buang masa pun haram..., kenapa Orang Lain tak sibukkan pulak tempat-tempat macam ni..? Kenapa mesti Orang-Orang kita yang menjadi watak-watak utama? Kemanakah akhirnya halatuju generasi kita? Kenapa kalau bab ini orang kita nombor satu..., kalau bab pelajaran nombor satu dari bawah..? Salah siapa..? dan siapakah yang terus akan jadi mangsa? Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan