Jumaat, 2 Oktober 2009

PROGRAM ZIARAH DPPKSG

DPPKSG, 13 Syawal 1430 Hijriah, 02 Oktober 2009 - Alhamdulillah, satu program ziarah telah dijalankan oleh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading (DPPKSG) ke salah sebuah rumah mangsa kebakaran.Rombongan ziarah dari DPPKSG turut disertai oleh Yang di-Pertua PAS kawasan dan juga bekas Yang di-Pertua PAS kawasan.

Rombongan bermula dengan semua ahli berkumpul di Markas PAS Kg. Baru seawal jam 5.00 petang dan rombongan bertolak untuk ziarah ke rumah mangsa kebakaran yang terletak di Solok Wan Moh pada pukul 5.45 petang.

Para ahli rombongan juga berkesempatan dalam membantu membersihkan sisa-sisa kebakaran sebelum satu gotong-royong akan dilakukan untuk membaiki dan membangunkan kembali rumah.

Di akhir program, Ketua Pemuda sebagai wakil semua ahli DPPKSG telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa cenderamata dan sedikit sumbangan kewangan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan