Khamis, 26 Ogos 2010

Salam MERDEKA dari kami - DPPKSG

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Sebagai harapan anak Malaysia, kami mengajak semua untuk mengembalikan sistem pemerintahan berasaskan perlembagaan Islam.

Ahad, 22 Ogos 2010

Data peribadi facebook dibocorkan di torrent


Jika teman selalu bertanya kenapa aku menggunakan nama ‘blalang hijo’ dan tidak menggunakan nama sebenar di Facebook. aku berkata aku tak perlu meletakkan nama sebenar kerana FB bukannya sebuah badan kerajaan yang memerlukan data peribadi kita yang sebenar. Facebook hanyalah satu laman sosial yang dimiliki oleh AS dan ada rumour s yg mengatakan hak milik Yahudi. So terpulanglah kat masing-masing nak guna nama sendiri atau nickname di FB . Mungkin bertujuan untuk mencari teman lama, menggunakan nama penuh di FB ada faedahnya.
Terkini dari BBC, data peribadi 100 juta pengguna Facebook telah dihimpun dan disebarkan di internet oleh seorang konsultan sekuriti di sebuah laman torrent. Torrent ialah satu aplikasi P2P yang membenarkan penggunanya download dari PC pengguna lain yang mahu berkongsi fail.
data facebook
Ron Bowles menggunakan suatu program untuk mendapatkan profail pengguna Facebook, dan menghimpun data yang tidak disembunyikan oleh privacy setting oleh pengguna Facebook.
Pengguna FB yang telah memilih ’share ‘ sebagai setting FB mereka  dikumpulkan dalam satu fail yang boleh di-download, mengandungi URL setiap profail pengguna Facebook yang boleh dicari, nama serta ID unik mereka.
Bowles mengatakan dia mengongsikan data yang dia perolehi tersebut untuk menyelesaikan masalah privasi, namun Facebook menyatakan data itu sudah menjadi informasi public.
File itu sendiri telah tersebar cepat di seluruh internet.
Di Pirate Bay, laman torrent terbesar dunia telah meyebarkan data tersebut dan di download oleh lebih dari 1.000 pengguna.
Seorang pengguna, yang menggunakan ID lusifer69, menggambarkan daftar pengguna Facebook itu memeranjatkan dan agak mengerikan.
Dalam pernyataan kepada BBC News, Facebook mengatakan informasi dalam daftar tersebut sudah beredar bebas di internet.
“Dalam kes ini, informasi yang setujui orang untuk dibuka ke publik dihimpun oleh seorang hacker dan sudah ada di Google, Bing, mesin-mesin pencari lain, dan juga Facebook, katanya.
Meski demikian, Simon Davies dari lembaga pengawas International mengatakan kepada BBC News bahwa Facebook sudah memberikan banyak peringatan bahwa kejadian semacam ini akan terjadi.

“Facebook semestinya sudah mengantisipasi serangan ini dan menyiapkan langkah untuk mencegahnya, kata dia.
Sebelumnya tahun ini pengguna Facebook melancarkan protes soal kerumitan setting privasi Facebook. Akibatnya, laman itu memudahkan kawalan privasi.
Facebook memiliki setting privasi default yangmembuat sebahagian informasi pengguna terbuka kepada publik. Pengguna FB sepatutnya tidak menggunakan setting default tadi.(bbc/bbc)

Rabu, 11 Ogos 2010

NG YEN YEN & FESTIVAL RAMADAN

Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Ng Yen Yen kata seramai 50,000 pelancong dari Arab Saudi, United Arab Emirates dan Iran tiba di Malaysia dalam tempoh suku tahun pertama. Ia adalah bilangan yang cukup tinggi dan usaha-usaha menarik lebih ramai pelancong dari Timur Tengah harus dilakukan; lebih-lebih lagi setiap pelancong dari negara-negara tersebut membelanjakan sekitar RM7,160 seorang selama 10 hari mereka berada di negara ini.

Untuk nak tarik lebih ramai, Ng Yen Yen kata kementeriannya akan bekerjasama dengan i-City di Shah Alam untuk anjurkan Festival Ramadan yang penuh dengan aktiviti selama 24 jam sepanjang bulan tersebut. Katanya lagi, imam dari Dubai atau Qatar akan diundang untuk ketuai solat tarawikh.

Itu yang Ng Yen Yen sebut. Apa yang beliau tidak sebut ialah Festival Ramadan bukanlah mengenai solat tarawikh. Malah, solat tarawikh di i-City tak sama dengan solat di Masjid Nabawi yang membawa 1,000 kali ganjaran pahala atau di Masjidil Haram 10,000 kali ganjaran.

Shah Alam bukanlah Madinah atau Mekah. Umat Islam Malaysia berduyun-duyun ke Mekah pada bulan Ramadan kerana ibadah di sana ada kelebihannya. Kalau nak bersolat tarawikh, umat Islam dari Timur Tengah akan ke Madinah atau Mekah, bukan Shah Alam. Mereka tidak datang Shah Alam untuk solat tarawikh.

Cadangan Ng Yen Yen tak ada kena mengena dengan solat tarawikh. Ia hanyalah inisiatif perniagaan untuk menarik pelancong ke i-City. Festival Ramadan 24 jam bukan untuk menarik pelancong bertahajud dan membaca al-Quran, tetapi untuk membuka kedai 24 jam bagi pelancong Timur Tengah membeli-belah dan makan, makan, makan sepanjang Ramadan. Apabila umat Islam dibawa ke Malaysia untuk “shopping sakan”, maka Ramadan bulan ibadah akan menjadi Ramadan bulan pesta-pestaan dan membeli-belah.

I-City pernah menganjurkan pesta Krismas sebelum ini (lihat gambar atas). Atas sebab itulah agaknya maka Ng Yen Yen nak adakan Festival Ramadan pula. Saya tak fikir itu semangat Ramadan. Dan, saya juga tak yakin “shopping sakan” di bulan Ramadan itu ajaran Islam.

Mungkin ada yang kata sebelum ini pun pusat-pusat membeli-belah membuat promosi jualan Hari Raya. Memang, dan saya tak fikir ia adalah sesuatu yang betul dan harus terus digalakkan. Cukuplah kita merayakan Ramadan sedemikian. Tak payahlah nak tambah lagi. Dan tak perlu juga nak jadikan Malaysia pusat antarabangsa untuk “shopping sakan” di bulan mulia ini.

Alahai, adakah setakat itu sajalah “produk pelancongan Islam” yang mampu difikirkan oleh Ng Yen Yen?

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadhan dari kami

Semoga Ramadhan menjadi medan terbaik untuk kita memuhasabah diri, keluarga, masyarakat dan negara kita ke arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT.

Salam Ramadhan dari kami khususnya kepada semua masyarakat Islam di Sri Gading, Batu Pahat, Johor dan seluruh umat Islam amnya.

Selasa, 3 Ogos 2010

Kembara Anak Muda Sri Gading 2010

KENYATAAN MEDIA DPPNJ (01/10)

KENYATAAN MEDIA
(2 Ogos 2010 , 21 Syaaban 1430)
No rujukan : PAS/DPP.12/2. 07(01/10)
 
TAJUK

KEKESALAN ATAS TINDAKAN POLIS KERANA MENGHALANG CERAMAH PAKATAN RAKYAT DI SUNGAI TONGKANG RENGIT PADA 31 JULAI 2010

 
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin melahirkan kekesalan atas tindakan pihak POLIS yang telah menghalang ceramah pakatan rakyat yang sepatutnya diadakan di Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat Sabtu 31 Julai lalu.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor menyeru agar pihak POLIS berpegang teguh dengan prinsip keadilan dan Perlembagaan Malaysia yang membenarkan diadakan perhimpunan di premis persendirian. Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin mempertegaskan bahawa premis yang di serbu oleh pihak POLIS Sabtu lalu adalah premis persendirian milik Parti Islam Semalaysia dan pihak POLIS tidak sewajarnya bertindak melampaui peruntukan undang-undang semata-mata untuk menggagalkan ceramah yang di rancang oleh pakatan rakyat.
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengharapkan agar pihak POLIS memberi ruang yang adil kepada semua parti politik untuk menyampaikan aspirasi masing-masing memandangkan parti UMNO dan Barisan Nasional mendapat ruang yang seluas-luasnya di media cetak dan elektronik arus perdana, maka sewajarnya ruang yang sangat terhad di pentas-pentas ceramah ini tidak di halang bagi memberikan gambaran baik masyarakat dunia akan keadilan demokrasi di Malaysia. Tindakan drakonian POLIS dalam menghalang ceramah Sabtu lalu pasti memberikan imej yang kurang baik di mata dunia akan keadilan sistem demokrasi di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor sekali lagi menyeru agar Pihak POLIS benar-benar mengamalkan profesionalisme dalam melaksanakan tanggungjawab mereka.


Sekian
 
Mohd Faizul Bin Mohd Salleh
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
013-6263800