Selasa, 30 Mac 2010

Malu Itu Ada 10 Macam

Malu Itu Ada 10 Macam

Rasa malu itu ada 10 macam :

Pertama ; Rasa malu kerana berbuat salah, seperti rasa malu Nabi Adam ‘alaihissalam yang melarikan diri dari Allah SWT saat di syurga. Ketika Allah SWT bertanya , “Mengapa kamu melarikan dirimu dariKu wahai Adam?” Adam menjawab, “Tidak wahai Tuhanku, melainkan kerana rasa malu terhadap engkau”.

Kedua ; Rasa malu kerana keterbatasan diri (kelemahan dan rasa serba tidak sempurna), seperti rasa malu para malaikat yang membuatkan mereka senantiasa bertasbih kepada Allah SWT siang dan malam bahkan tanpa sesaat pun tanpa tasbih, namun demikian pada hari kiamat kelak mereka berkata, “Mahasuci Engkau ya Allah, kami belum dapat menyembahMu dengan sebenar-benar penyembahan.”

Ketiga ; Rasa malu kerana pengagungan atau dikenali juga sebagai rasa malu kerana memiliki makrifah kepada Allah (mengenal Allah lalu mengagungkanNya). Ketahuilah wahai sahabat sekalian bahawasanya sejauh mana makrifah seseorang hamba terhadap Tuhannya maka sejauh itu pula rasa malunya terhadap Allah SWT.

Keempat ; Rasa malu kerana kehalusan budi seperti rasa malu Rasulullah SAW saat mengundang orang ramai pada acara walimah Saidatuna Zainab ra.Kerana mereka tidak segera pulang, Baginda bangkit dari duduknya dan merasa malu untuk mengatakan kepada mereka, “Pulanglah kalian”.

Kelima ; Rasa malu kerana menjaga kesopanan , seperti rasa malu Ali ibn Abi Thalib ketika hendak meminta baju besi kepada Rasulullah SAW kerana dia adalah suami kepada Puteri Rasulullah SAW.

Keenam ; Rasa malu kerana merasa diri terlalu hina seperti rasa malu seorang hamba yang memohon bermacam-macam keperluan kepada Allah SWT dengan menganggap bahawa ia adalah hamba yang terlalu hina di hadapan Allah SWT atas banyaknya hajat dan keperluannya kepada Allah SWT.

Ketujuh ; Rasa malu kerana cinta, iaitu rasa malu orang yang mencintai di hadapan kekasihnya bahkan ketika terlintas di dalam fikirannya saat berjauhan dengan kekasihnya, dia tetap merasa malu tanpa diketahui apa sebabnya, apalagi jika kekasihnya muncul secara tiba-tiba di hadapannya.

Kelapan ; Rasa malu kerana ubudiyah, yakni rasa malu yang bercampur dengan cinta dan rasa takut. Seorang hamba yang merasa ubudiyahnya masih kurang, sementara kekuasaan Yang Disembah terlalu agung, sehingga ubudiyahnya yang kurang dan cacat serta tidak sempurna itu membuatnya rasa malu.

Kesembilan ; Rasa malu kerana kemuliaan, yakni rasa malu seorang hamba yang memiliki jiwa agung tatkala berbuat baik atau memberikan sesuatu kepada orang lain. Sekalipun dia sudah terkorban dengan mengeluarkan sesuatu namun dia merasakan kekurangan dalam berbuat baik.

Kesepuluh ; Rasa malu terhadap diri sendiri, yakni rasa malu seseorang yang memiliki jiwa besar dan mulia andaikata dia memiliki rasa redha dengan kekurangan diri sendiri dan merasa puas pula melihat kekurangan orang selain dia. Dia merasa malu terhadap dirinya sendiri sehingga seakan dia memiliki dua jiwa, yang satu merasa malu terhadap yang lainnya. Ini merupakan rasa malu yang paling sempurna. Sebab, jika seorang hamba merasa malu terhadap dirinya sendiri maka dia lebih layak untuk merasa malu terhadap orang lain.

Allahumma, kurniakan kami hakikat rasa malu seperti yang Engkau kehendaki.

 

Isnin, 29 Mac 2010

TAKLIMAT KHAS PENERANGAN:

Oleh: Sdr Mazlan Aliman
Tarikh: 31 Mac 2010
Tempat: Markaz Pas Parit Raja Pekan (Belakang Public bank Pt. Raja)
Masa: 9.00 malam

SEMUA DIJEMPUT HADIR..

Ahad, 28 Mac 2010

ANAK LUAR NIKAH@BUANG BAYI - kempen selamatkan negara

ANAK LUAR NIKAH@BUANG BAYI - kempen selamatkan negara 

1. Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara [JPN] Datuk Alwi Ibrahim telah mendedahkan peningkatan Anak Luar Nikah [ALN] yang didaftarkan ke Jabatan Pendaftaran Negara: [ Berita Minggu : 21 Mac ]
a] 2007 : 16,100 anak Luar nikah b] 2008 : 16,541 anak luar nikah c] 2009 : 17,303 anak luar nikah

2. Datuk Alwi juga menyebut bahawa dalam tempoh 5 tahun terakhir Jabatan Pendaftaran Negara telah mencatatkan 74,723 anak luar nikah yang membabitkan orang melay
u Islam .

[ Fakta ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat ]

3. Sepanjang tempoh yang sama [ 5 tahun - 2005 hingga 2009] , seramai 214,033 bayi luar nikah didaftarkan dengan status anak tidak sah taraf termasuk kes anak yang tidak berbapa dari pelbagai bangsa dalam negara kita . Bandingkan dengan tempoh yang sama [5 tahun] 1999 hingga 2003 hanya 70,430 bayi luar nikah(tambahan oleh uye)

4. Fakta yang saya paparkan ini satu lagi episod kebinasaan dan kemusnahan yang sedang deras melanda negara . Membunuh sistem nilai dan memasung maruah ummah . Segalanya angkara nafsu yang tidak dipandu oleh wahyu . Hidup dalam satu sistem politik dan sosial yang terhindar dari petunjuk Allah swt dan pedoman sunnah Rasulullah saw.

5. Sistem pendidikan , perumahan , pembangunan , IT , media dan lainnya yang sangat jelas serta ketara tidak menepati syarat dan sistem Islam adalah antara penyumbang utama kepada keruntuhan moral dan akhlak . [ sebagai contoh ....]

Pendidikan : Tidak menitik beratkan pentarbiyyah untuk melahirkan insan yang soleh dan bermoral . Nilai agama dan moral tidak menjadi asas utama dalam memburu kecemerlangan akdemik .

Perumahan : Rumah murah 2 bilik tidak sesuai untuk rakyat kerana menyumbang kepada gejala sumbang mahram serta susun atur kawasan perumahan yang tidak islamik sebagai contoh kawasan perumahan yang tidak disediakan surau oleh pemajunya dan pusat pengajian agama tambahan serta kawalan akhlak dan moral selain warden yang menjaga keselamatan tetangga .

Pembangunan : Hanya memburu keuntungan sehingga dalam satu daerah biarpun majoriti muslim masih dibenarkan kedai - kedai jualan arak dan kondom secara terbuka seperti seven eleven dan pertumbuhan kelab malam , karaoke , rumah urut yang tidak terkawal tumbuh bagai cendawan selepas hujan .

6. Seperkara lagi yang saya lihat tidak kurang juga pentingnya ialah kegagalan pihak berwajib menjalankan tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran [ an Nahyu a'nil mungkar ] . Seketika , nasib pelacur , mak nyah lebih baik dari penceramah agama dan pendakwah yang sering diburu kerana tiada tauliah . Demikian juga nasib kelab malam dan pusat hiburan yang mendapat cop "halal" oleh pihak berkuasa tempatan nyata lebih baik dari masjid dan surau yang tidak dibenarkan menganjur majlis - majlis ilmu .

7. Apa yang berlaku ialah al amrul bil mungkar wa nahyu a'nil makruf ! Khatib yang membaca khutbah tanpa tauliah dari jabatan agama meskipun mendapat ijazah dari universiti Islam senantiasa dalam resah dan gusar diburu oleh penguatkuasa agama berbanding rasa selamat dan selesanya mereka yang langsung tidak hadhir solat jumaat .

8. Setiap kali dipersoal , pihak penguatkuasa ini sering menggunakan hujjah arahan orang atas !
Tentunya orang atasan ialah orang yang berkuasa iaitu kerajaan yang memerintah . Malang bagi sebuah kerajaan yang memiliki kuasa dan mandat rakyat tidak menggunakannya untuk membasmi maksiat dan mungkar tetapi sebaliknya menunjukkan sikap anti agama atau anti Islam . Islam yang mereka mahu ialah Islam yang boleh kompromi dengan maksiat dan mungkar .

[ contoh : Masjid dibina tetapi Kelab Malam juga dibina . Musabaqah Al Quran dianjur tetapi Akademi Fantasia juga dianjur . Peluang pekerjaan disedia tetapi pusat - pusat judi juga disediakan dan banyak lagi contoh contoh lain .]

9. Bukan tidak tegur dan bukan juga tidak dinasihati , tetapi mereka sukar memahami . Kita telah menghantar memorundum , kita telah menegur dalam kunjungan hormat kita , kita juga sudah sebut dalam dialog , wacana ilmiah , debat , khutbah , kuliah , ceramah bahkan demonstrasi . Kita juga menegur mereka secara rasmi di dalam Parlimen , Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri tetapi semuanya tidak membuahkan hasil . Mereka hanya memekakkan telinga dan menggulung lidah .

10. Menjadi tanggungjawab setiap individu untuk bangkit berjuang bagi menyelamatkan negara dari kebinasaan dan kemusnahan ini dengan membuat desakan agar syariat Islam dilaksana dan didaulatkan . Ianya adalah satu desakan berasas setelah semua pihak menyaksikan kegagalan total sistem peraturan dan undang - undang ciptaan manusia .

Sumber : Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi.
AMILIN

Ayuh amilin maralah ke hadapan
Dengan iman yang kental semangat yang membara
Menjulang tinggi panji Islam mulia
Menabur bakti mambawa sejahtera

Kami Amilin manjana perubahan
Dengan amanah, wawasan dan tujuan
Membina jamaah, masyarakat, negara
Bangkit berinisiatif tidak ada alasan
Kami rela berkorban istiqamah selamanya
Marilah iltizam bersama

Kami amilin pengurusan cemerlang
Peranan yang pelbagai susun keutamaan
Bentangkanlah matlamat tumpukanlah sasaran
Bergandingan tangan membina pasukan
Berfikir dan bertindak mengikut perancangan
Semoga mendapat rahmatNya

Kami Amilin pemimpin berwibawa
Bina kepercayaan pengaruh kerjasama
Kasih sayang prihatin memimpin manusia
Bersama rakyat kebajikan terbela

Kami amilin...
Melangkah gagah...
Kami amilin..
Takkan undur walaupun selangkah

Rabu, 24 Mac 2010

CERAMAH PERDANA

"CERAMAH PERDANA" 

Penceramah : YB ZAILAH (Ahli Parlimen Rantau Panjang) & HJ ZULKIFLI AHMAD.
Tarikh : 26 Mac 2010
Hari : Jumaat
Masa : 9.30 malam
Tempat : PASTI AL-FARABI (Berhadapan Petronas Pt. Raja).

Semua dijemput hadir.

Rabu, 17 Mac 2010

Amaran : Virus Curi Kata Laluan Facebook

Amaran dari McAfee Inc bahawa ada pengodam internet sedang dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
virus facebook 455x219 Amaran : Virus Curi Kata Laluan Facebook
Caranya dengan menghantar e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula danpengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh.
Sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.
Sumber : berita online dan mcafee.com

Isnin, 1 Mac 2010

Aktiviti kilang dan penempatan punca pencemaran teruk

BATU PAHAT: Busuk, menjijikkan dan tercemar. Itulah ungkapan yang tergambar sebaik melihat Sungai Simpang Kanan di sini, yang terbentang luas berhampiran Kampung Sri Bengkal.

Air sungai berkenaan bukan saja kelihatan keruh kehitam-hitaman, malah ada kalanya sampah sarap membentuk seperti pulau sehingga hidupan akuatik seperti ikan langsung tidak dapat dikesan di dalam sungai berkenaan yang teruk tercemar. Tinjauan mendapati pencemaran di Sungai Simpang Kanan berikutan ada banyak penempatan manusia sehinggalah ke kawasan penternakan ayam, kawasan perindustrian serta kawasan ladang kelapa sawit di pesisir sungai bermula di Bandar Batu Pahat sehingga kawasan berkenaan.

Ia menjadikan Sungai Simpang Kanan menerima kesan langsung kerana menjadi laluan sungai utama di Batu Pahat, selain lokasinya yang strategik untuk segala sisa termasuk sampah, sisa toksid, malah najis ayam dibuang ke dalamnya.

Malah, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, dalam rangka lawatan ke Parlimen Sri Gading di sini, baru-baru ini, sempat menyatakan betapa kebanyakan sungai di daerah ini, kotor dan tercemar sehingga secara khusus menamakan Sungai Simpang Kanan, sebagai satu daripadanya.
Walaupun, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) kini sedang dalam proses mendalamkan sungai berkenaan serta membersihkannya, bagi mengelakkan banjir, namun beberapa penduduk ditemui berkata, pencemaran yang berlaku di sungai berkenaan sukar diatasi.

Seorang penduduk yang tinggal kira-kira 200 meter dari sungai berkenaan, Norlela Mohamad, 46, berkata, keadaan sungai berkenaan yang tercemar sudah berlarutan sejak 40 tahun lalu, akibat pembangunan pesat kawasan Batu Pahat.

“Dulu masa saya kecil, Sungai Simpang Kanan jernih airnya dan menjadi laluan utama penduduk menyeberangi sungai. Sungai ini, pun dulu terkenal kerana banyak ikan seperti tapah, keli dan baung tapi sekarang semua sudah menjadi kenangan.

“Sejak kewujudan banyak kilang di pesisir sungai di sekitar Batu Pahat, keadaan sungai yang tercemar sudah sebati dengan penduduk. Apa yang kami kesalkan ada penduduk di kawasan lain sepanjang sungai di Batu Pahat menjadikan sungai tempat pembuangan sampah sehingga ia membentuk seperti pulau terutama ketika sampah terlalu banyak.
“Ada juga kilang yang membuang sisa toksik mereka ke dalam sungai berikutan air sungai kadang-kala bertukar warna kepada hijau, merah jambu dan coklat perang dan apabila hujan, penduduk terpaksa menghidu bau yang sangat busuk,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Pekerja am, Mahadi Mat Jeron, 51, yang turut tinggal di pesisir Sungai Simpang Kanan, pula berkata, agensi kerajaan seperti JPS memang selalu membuat pemantauan terhadap keadaan sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, jika kesedaran orang ramai terutama pemilik kilang serta masyarakat yang gemar membuang sampah ke dalam sungai tidak diperbaiki, masalah sungai tercemar tidak akan berakhir. Jika harapkan JPS saja, ia tidak akan berhasil.

“Jika tidak ada penduduk membuang sampah dan kilang tidak membuang sisa mereka ke dalam sungai, masalah pencemaran tidak akan menjadi seburuk sekarang. Jika dulu, air sungai boleh dibuat minum atau masak sekarang langsung tidak boleh kerana ia terlalu busuk dan menjijikkan,” katanya.