Ahad, 9 Ogos 2009

MENCEGAH PENYAKIT H1N1

DPPKSG, 19 Syaaban 1430 Hijriah, 10 Ogos 2009 - Negara telah dikejutkan dengan berita kematian demi kematian akibat jangkitan dan kesan penyakit Influenza A (H1N1). Sehingga semalam (Ahad, 9 Ogos 2009) telah mencatatkan jumlah kematian sebanyak 26. Ini sedikit sebanyak telah menimbulkan satu suasana panik dan risau di kalangan rakyat.

Memandangkan negeri Johor telah menunjukkan peningkatan yang luar biasa, maka adalah lebih baik semua penduduk Sri Gading bersedia dengan langkah-langkah keselamatan bagi mencegah penyakit ini.

Di sini pihak DPPKSG cuba menyediakan beberapa langkah bagi mencegah penularan penyakit berbahaya ini dari sudut kekuatan rohani dan juga persediaan fizikal.

Dari sudut benteng kerohanian, adalah lebih baik kita sama-sama mengamalkan doa yang seperti berikut:
Selain kita berharap pada Allah yang Maha Kuasa, adalah menjadi kewajiban setiap hamba untuk menjaga kesihatan diri masing-masing. Mengikut satu sumber, penggunaan jintan manis mampu mencegah penyakit Influenza A (H1N1) ini. Kaedahnya adalah mudah, dengan hanya merebus sedikit jintan manis dan kemudian air rebusan itu diminum pada sebelah pagi. InsyaAllah jika diamalkan mampu mencegah kita dari penyakit ini. Minuman ini juga diedarkan kepada semua jemaah di Makkah dan Madinah.
Sumber : Gulfnews.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan