Rabu, 20 Oktober 2010

Nadwah Kefahaman Islam

24hb Oktober · 8.00 pagi - 2.00 ptg
Dewan Seminar Kompleks Rumah Exco, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

(Symposium on Understanding Islam) Oleh Institute of Policy Studies (IPS), Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Menyedari betapa perlunya usaha untuk menjernihkan salahfaham terhadap shari'ah Islam, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri penerangan melalui Nadwah (symposium) Kefahaman Islam yang terbuka kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Melalui nadwah ini diharapkan masyarakat akan faham tentang hakikat pelaksanaan Shari`
ah dan seterusnya masyarakat bersedia untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Shari`ah Islam setidak-tidaknya sebagai memenuhi hak-hak asasi masyarakat Islam untuk melaksanakannya.

Nadwah secara bersiri ini akan dimulai dengan siri pertama yang bertemakan “Menjernihkan Salahfaham terhadap Shari`ah Islam”. Seramai 150 peserta telah dijemput termasuklah dari kalangan NGOs seperti Sistem in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Majlis Peguam, dan dari kalangan parti-parti politik termasuk dari MCA, MIC serta Gerakan. Tiga kertas kerja bertajuk “Kenapa Malaysia memerlukan Shari`ah Islam?”, “Hubungan Shari`ah Islam dan Manusia” dan “Antara Shari`ah Islam dan Sekularisme” akan dibentangkan termasuk oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azaharuddin Mohd Said (Ahli Majlis Shura PAS) dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Institut Kajian Polisi). Kemudian dialog terbuka akan diadakan melibatkan peserta-peserta dan ahli-ahli panel yang terpilih.

Disebabkan tempat yang sangat terhad, sesiapa yang berminat untuk menyertai Nadwah Kefahaman Islam siri pertama ini, bolehlah menghubungi sekretariat pengajur iaitu, Sdr Khairul Naim Nordin melalui talian: 013 2967869 atau email: mkncn_0000@yahoo.com. Yuran penyertaan adalah RM 5.00 sahaja.

Selasa, 7 September 2010

SELAMAT HARI RAYA

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sri Gading 
mengucapkan 
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.



Moga kita tergolong di dalam golongan yang beroleh janji-janji Allah, beroleh kerahmatan, pengampunan dan pelepasan dari seksaan neraka. Begitu juga, moga segala amal yang telah dilakukan diterima Allah dan beroleh ganjaran yang setimpal dan selayaknya. Moga jaga (Qiamullail) kita dari tidurnya orang yang lalai dan bertepatan dengan Lailatulqadar, taat kita berupa ketaatan orang yang khusyu’, taubat kita berupa taubat orang yang menyesal, hidup kita sebagaimana kehidupan orang yang baik-baik, mudahnya kita ke arah kebaikan dan menerima kebaikan, usaha kita sebagai usaha yang disyukuri, dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka untuk kita, ditanamkan ketaqwaan di dalam hati, diampunkan dosa-dosa, dibersihkan dan ditutupi segala aib, mengubah segala kesulitan kepada kemudahan dan diterima segala amal. Amiin ya Rabb…

Sabtu, 4 September 2010

Iklan Aidilfitri TV3 2010 Macam Krismas?

Khamis, 26 Ogos 2010

Salam MERDEKA dari kami - DPPKSG

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia.
Sebagai harapan anak Malaysia, kami mengajak semua untuk mengembalikan sistem pemerintahan berasaskan perlembagaan Islam.

Ahad, 22 Ogos 2010

Data peribadi facebook dibocorkan di torrent


Jika teman selalu bertanya kenapa aku menggunakan nama ‘blalang hijo’ dan tidak menggunakan nama sebenar di Facebook. aku berkata aku tak perlu meletakkan nama sebenar kerana FB bukannya sebuah badan kerajaan yang memerlukan data peribadi kita yang sebenar. Facebook hanyalah satu laman sosial yang dimiliki oleh AS dan ada rumour s yg mengatakan hak milik Yahudi. So terpulanglah kat masing-masing nak guna nama sendiri atau nickname di FB . Mungkin bertujuan untuk mencari teman lama, menggunakan nama penuh di FB ada faedahnya.
Terkini dari BBC, data peribadi 100 juta pengguna Facebook telah dihimpun dan disebarkan di internet oleh seorang konsultan sekuriti di sebuah laman torrent. Torrent ialah satu aplikasi P2P yang membenarkan penggunanya download dari PC pengguna lain yang mahu berkongsi fail.
data facebook
Ron Bowles menggunakan suatu program untuk mendapatkan profail pengguna Facebook, dan menghimpun data yang tidak disembunyikan oleh privacy setting oleh pengguna Facebook.
Pengguna FB yang telah memilih ’share ‘ sebagai setting FB mereka  dikumpulkan dalam satu fail yang boleh di-download, mengandungi URL setiap profail pengguna Facebook yang boleh dicari, nama serta ID unik mereka.
Bowles mengatakan dia mengongsikan data yang dia perolehi tersebut untuk menyelesaikan masalah privasi, namun Facebook menyatakan data itu sudah menjadi informasi public.
File itu sendiri telah tersebar cepat di seluruh internet.
Di Pirate Bay, laman torrent terbesar dunia telah meyebarkan data tersebut dan di download oleh lebih dari 1.000 pengguna.
Seorang pengguna, yang menggunakan ID lusifer69, menggambarkan daftar pengguna Facebook itu memeranjatkan dan agak mengerikan.
Dalam pernyataan kepada BBC News, Facebook mengatakan informasi dalam daftar tersebut sudah beredar bebas di internet.
“Dalam kes ini, informasi yang setujui orang untuk dibuka ke publik dihimpun oleh seorang hacker dan sudah ada di Google, Bing, mesin-mesin pencari lain, dan juga Facebook, katanya.
Meski demikian, Simon Davies dari lembaga pengawas International mengatakan kepada BBC News bahwa Facebook sudah memberikan banyak peringatan bahwa kejadian semacam ini akan terjadi.

“Facebook semestinya sudah mengantisipasi serangan ini dan menyiapkan langkah untuk mencegahnya, kata dia.
Sebelumnya tahun ini pengguna Facebook melancarkan protes soal kerumitan setting privasi Facebook. Akibatnya, laman itu memudahkan kawalan privasi.
Facebook memiliki setting privasi default yangmembuat sebahagian informasi pengguna terbuka kepada publik. Pengguna FB sepatutnya tidak menggunakan setting default tadi.(bbc/bbc)