Rabu, 20 Oktober 2010

Nadwah Kefahaman Islam

24hb Oktober · 8.00 pagi - 2.00 ptg
Dewan Seminar Kompleks Rumah Exco, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.

(Symposium on Understanding Islam) Oleh Institute of Policy Studies (IPS), Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Menyedari betapa perlunya usaha untuk menjernihkan salahfaham terhadap shari'ah Islam, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menganjurkan siri penerangan melalui Nadwah (symposium) Kefahaman Islam yang terbuka kepada masyarakat Islam dan bukan Islam. Melalui nadwah ini diharapkan masyarakat akan faham tentang hakikat pelaksanaan Shari`
ah dan seterusnya masyarakat bersedia untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Shari`ah Islam setidak-tidaknya sebagai memenuhi hak-hak asasi masyarakat Islam untuk melaksanakannya.

Nadwah secara bersiri ini akan dimulai dengan siri pertama yang bertemakan “Menjernihkan Salahfaham terhadap Shari`ah Islam”. Seramai 150 peserta telah dijemput termasuklah dari kalangan NGOs seperti Sistem in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) serta Majlis Peguam, dan dari kalangan parti-parti politik termasuk dari MCA, MIC serta Gerakan. Tiga kertas kerja bertajuk “Kenapa Malaysia memerlukan Shari`ah Islam?”, “Hubungan Shari`ah Islam dan Manusia” dan “Antara Shari`ah Islam dan Sekularisme” akan dibentangkan termasuk oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Azaharuddin Mohd Said (Ahli Majlis Shura PAS) dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki (Institut Kajian Polisi). Kemudian dialog terbuka akan diadakan melibatkan peserta-peserta dan ahli-ahli panel yang terpilih.

Disebabkan tempat yang sangat terhad, sesiapa yang berminat untuk menyertai Nadwah Kefahaman Islam siri pertama ini, bolehlah menghubungi sekretariat pengajur iaitu, Sdr Khairul Naim Nordin melalui talian: 013 2967869 atau email: mkncn_0000@yahoo.com. Yuran penyertaan adalah RM 5.00 sahaja.