Jumaat, 30 Oktober 2009

PENGUMUMAN PENTING....

TAKLIMAT KHAS
MERUNGKAI KEMELUT DALAMAN PAS DAN PAKATAN RAKYAT
1- Adakah PAS sudah berpecah...?
2- PAS Selangor ke Jawatankuasa displin..?
3- EMpat ADUN PKR LOMpat..
4- Pimpinan PKR tinggalkan parti..?
Bersama
SDR.SUHAIZAN KAYAT
(Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat)

Ahad 9.00 MLM
1-11-2009
Di Markas Pas Kg Baru Sri Gading
Pimpinan PAS Sri Gading di semua peringkat, ahli dan penyokong diminta hadir

Rabu, 28 Oktober 2009

SIAPA AKAN JADI MANGSA...?



Oleh Pensilajaib
Parit Raja 29 Oktober 2009 - Tahniah kepada penduduk sekitar Parit Raja kerana anda punya banyak pilihan untuk membeli motosikal idaman hati. Terletak berhampiran pasaraya SAKAN, kini muncul pula sebuah pusat jualan motosikal yang baru sahaja beroperasi lebih kurang seminggu dua yang lalu. Kami difahamkan AG MOTOR mempunyai enam buah cawangan di seluruh negeri Johor, gambar di atas adalah cawangan pusat jualan terbarunya. AG MOTOR bukanlah satu-satunya pusat jualan motosikal di pekan ini, ia cuma salah satu daripada lambakkan pusat jualan motosikal yang lain.

Bukannya saya nak jadi tukang sibuk atau agen promosi syarikat ini yang dapat imbuhan tertentu, tapi fokus utama kita ialah disamping menjual motosikal AG juga menyediakan perkhidmatan 'Pusat Latihan Snooker' G2 Snooker. Perkataan "Pusat Latihan Snooker" adalah satu perkataan yang amat lunak jika dibandingkan dengan "Pusat Snooker" sangat tepat digunakan dikawasan yang boleh dikelaskan sebagai kampung yang majoritinya melayu Islam. Sedikit sebanyak perkataan "pusat latihan" ini akan mengurangkan prasangka negetif ibubapa terhadap anak mereka yang berkunjung kesini. Maklumlah...! biasanya tidak kurang juga orang yang bermain snooker sambil bertaruh dengan duit (judi jugaklah tu). Tapi kalau sekadar berlatih takanlah nak bertaruh kan...

Mungkin orang akan tanya saya, jadi apa masaalahnya...?. Awak benci sukan ke..? Ini je ke pusat tu kat Parit Raja..? atau awak ni memang kaki bangkang sepanjang tahun..?. Oh..! tidak..! bukan itu maksud saya. Perkara penting yang kita perlu fikir ialah siapa yang memenuhi pusat ini..? Saya sempat menemubual salah seorang pengunjung berumur 13 tahun pelajar tingkatan satu, Khalim namanya (bukan nama sebenar), seorang pelajar sekolah berdekatan. Saya tanya dia, ramai dik.. orang kat atas tu? boleh tahanlah bang.., jawabnya ringkas. Saya terus menyoal, majoriti umur berapa..? Cina, India ada ke.? budak sekolah macam adik ramai jugak ke..? Khalim pun terus menjawab dengan tenang, "Majoriti umur 25tahun ke bawah, india sorang pun tak nampak...,Cina ada.. tauke kedai tulah bang... budak sekolah, adalah kawan-kawan saya tu bang.."

Inilah yang perlu kita fikir-fikirkan.., bukan berjudi sahaja yang haram, membazir pun haram, buang masa pun haram..., kenapa Orang Lain tak sibukkan pulak tempat-tempat macam ni..? Kenapa mesti Orang-Orang kita yang menjadi watak-watak utama? Kemanakah akhirnya halatuju generasi kita? Kenapa kalau bab ini orang kita nombor satu..., kalau bab pelajaran nombor satu dari bawah..? Salah siapa..? dan siapakah yang terus akan jadi mangsa? Fikir-fikirkanlah...

Selasa, 20 Oktober 2009

PROGRAM MARHABAN DPPKSG

DPPKSG, 02 Zulkaedah 1430 Hijriah, 20 Oktober 2009 - Alhamdulillah, satu program marhaban telah dijalankan oleh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading (DPPKSG).

Program ini yang telah dijalankan selama lima malam berturut-turut yang bermula di sebelah malam pada hari Rabu 14 Oktober 2009 sehinggalah hari Ahad 17 Oktober 2009.

Semua ahli DPPKSG berserta dengan seisi keluarga telah menjayakan program ini, yang mana antara tujuan utama dilakukan program marhaban ini adalah untuk mengikatkan lagi ukhwah antara ahli DPPKSG dan juga ahli-ahli yang lain disamping dapat saling kenal serta menziarahi rumah-rumah yang terlibat.

Gambar-gambar sekitar program Marhaban DPPKSG.









Gambar selebihnya boleh dilihat di sini:
Klik di sini.


Jumaat, 2 Oktober 2009

PROGRAM ZIARAH DPPKSG

DPPKSG, 13 Syawal 1430 Hijriah, 02 Oktober 2009 - Alhamdulillah, satu program ziarah telah dijalankan oleh ahli Dewan Pemuda PAS Kawasan Sri Gading (DPPKSG) ke salah sebuah rumah mangsa kebakaran.Rombongan ziarah dari DPPKSG turut disertai oleh Yang di-Pertua PAS kawasan dan juga bekas Yang di-Pertua PAS kawasan.

Rombongan bermula dengan semua ahli berkumpul di Markas PAS Kg. Baru seawal jam 5.00 petang dan rombongan bertolak untuk ziarah ke rumah mangsa kebakaran yang terletak di Solok Wan Moh pada pukul 5.45 petang.

Para ahli rombongan juga berkesempatan dalam membantu membersihkan sisa-sisa kebakaran sebelum satu gotong-royong akan dilakukan untuk membaiki dan membangunkan kembali rumah.

Di akhir program, Ketua Pemuda sebagai wakil semua ahli DPPKSG telah menyampaikan sedikit sumbangan berupa cenderamata dan sedikit sumbangan kewangan.